???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

PELAJAR DIETETIK UPM WUJUDKAN GAYA HIDUP SIHAT BUAT KOMUNITI TAMAN SERI SERDANG

SERDANG, 13 Mei – Pelajar Tahun Akhir Bacelor Sains Dietetik dengan kepujian, Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mendekati 150 orang komuniti warga Taman Seri Serdang dalam meningkatkan kesedaran dan amalan gaya hidup sihat di sini, baru-baru ini.

 

 

Pengarah program, Mohammad Haziq Zikri Zainuri berkata program Komuniti SULAM: Niaga 3S: Sihat, Sedap dan Selamat! dan Healthy Eating and Active Living (HEAL), tidak hanya sekadar memberikan pemahaman, namun memberikan sokongan praktikal melalui saringan kesihatan, intervensi pemakanan yang sesuai, dan promosi gaya hidup aktif.

 

“Program komuniti ini juga menjalankan kaunseling pemakanan berkelompok kepada kumpulan sasaran kelompok komuniti khasnya peniaga makanan dan warga emas.

 

“Reruai yang dibuka memberi fokus kepada cara pengendalian makanan dengan selamat dan cadangan cara penyediaan makanan sihat kepada peniaga serta perkongsian makanan rendah garam dan lemak dan tinggi serat bagi golongan warga emas berpenyakit darah tinggi juga kolesterol,” katanya.

 

Jelasnya, kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi seperti Jabatan Dietetik FPSK dan komuniti tempatan iaitu Kawasan Rukun Tertangga Taman Sri Serdang ini dilihat dapat membentuk persekitaran yang sihat dan lestari.

 

“Perubahan corak kehidupan dengan kemajuan teknologi dan tekanan persekitaran yang semakin kompleks pada masa kini menyebabkan kesedaran tentang gaya hidup sihat semakin berkurangan.

“Semoga tindakan ini mendorong perubahan positif dalam kalangan masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

 

Tambahnya, program ini berjaya memperoleh geran sebanyak RM5000 yang ditaja oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM melalui Knowledge Transfer Grant Scheme yang berjaya diperoleh oleh dua penasihat program iaitu Dr. Noraida Omar dan Prof. Madya Dr. Siti Nur'Asyura Adznam. 

 

Selain itu, nilai tajaan sebanyak RM 10,755 yang berbentuk in-kind juga telah diterima daripada Good Morning company, The Lost Food Project, TMS Company, Pusat Pertanian Putra (PPP), Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). -UPM

SXKSQA2~