???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

PASP kini dikenali sebagai ASPutra

 
SERDANG, 17 Mei - Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) kini dikenali sebagai Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) sejak April lalu.
 
Pertukaran nama itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.
 
Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata ASPutra merupakan entiti penting kepada universiti ini dalam bidang akademik kerana menawarkan pengajian asas merangkumi pelbagai subjek asas sains seperti biologi, kimia, fizik dan matematik.
 
“Selain itu, UPM juga merupakan satu-satunya universiti awam yang mengetengahkan pendidikan tinggi dalam bidang pertanian,” katanya.
 
 
Sementara itu, Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Binti Mohd. Top @ Mohd. Tah berharap agar setiap pelajar ASPutra sentiasa berusaha untuk membentuk identiti diri sebagai seorang graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran, serta cemerlang di peringkat yang lebih tinggi selepas ini.
 
Pada majlis pelancaran itu turut diadakan Program My Future Journey 2024 yang memberi peluang kepada pelajar lepasan ASPutra serta ibu bapa untuk melawat 14 pameran oleh 12 fakulti, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi serta Bahagian Kemasukan UPM.
 
Tujuannya adalah bagi membolehkan pelajar ASPutra mendapatkan maklumat terperinci tentang kursus-kursus yang ditawarkan, syarat-syarat kemasukan, serta peluang kerjaya yang boleh diterokai setelah tamat pengajian.
 
Tinjauan oleh pihak ASPutra mendapati rata-rata pengunjung sangat berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berpandangan program ini amat bermanfaat dalam membantu mereka membuat pilihan yang tepat dalam menentukan hala tuju kerjaya pada masa hadapan. -UPM

SXKSUAU~