???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

PAgE pupuk pelajar ASPutra cintai pertanian

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Muhammad Nur Zairi Mohd Nazari

SERDANG, 22 Okt - Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah menganjurkan Program Putra Agro Exploration (PAgE) bagi menyemai kecintaan terhadap dunia pertanian khasnya pelajar ASPutra kumpulan 19.

Pengarah ASPutra UPM, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah berkata menerusi program ini para pelajar ASPutra dapat memperkasakan bidang pertanian selain mengeratkan hubungan antara mereka.

"Seramai 733 pelajar ASPutra kumpulan 19 yang menyertai PAgE dan kesemuanya telah kita dedahkan dengan tanah bagi meningkatkan kecintaan pada pertanian. Inilah kelainan asasi sains di UPM berbanding di universiti lain.

"Pelbagai kemahiran insaniah yang diterapkan dalam diri pelajar-pelajar sepanjang dua sesi PAgE dijalankan seperti kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, pemikiran kritikal dan kerja berkumpulan," katanya.

Tambahnya lagi, penyertaan ASPutra secara tidak langsung dapat mencapai Pelan Strategik UPM matlamat 1 iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Arifin Abdu berkata program ini memberi ilmu kemahiran insaniah dan pembelajaran luar bilik darjah yang berguna untuk dipraktikkan dalam diri pelajar ASPutra.

"PAgE bukan sahaja mendedahkan pelajar-pelajar ini bercucuk tanam dan menahan panas sebagai praktik dalam pertanian namun memperhebat pengalaman mereka dan meningkatkan bidang pertanian.

"Ambillah ilmu yang dipelajari sepanjang menyertai program ini dan angkatlah pengalaman yang ada dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan," katanya.

Seorang pelajar ASPutra 19, Danish Ahmad Perbuana berkata subjek pertanian yang ditawarkan dalam program asasi UPM dijadikan sebagai terapi menghilangkan tekanan.

"Subjek pertanian ini ada amali yang setiap pelajar perlu ke ladang atau ke lapangan. Jadi ia mempunyai penyampaian praktikal lain daripada lain bukan hanya informasi fakta semata-mata," katanya. -UPM

SXMWJAb~