???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

OKU Kerdil Hadiahkan Ijazahnya Kepada Arwah Ibunya

Oleh: Nurul Qamarina binti Azli
Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

 

 

Serdang, 29 November - Diuji kehilangan ibu sewaktu Tahun 2 pengajiannya, Mas Nur Jannah Maskop, menghadiahkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi kepada arwah ibunya yang meninggal kerana masalah jantung.

 

“Biar tak pandai tapi rajin,” antara nasihat ibunya yang beliau pegang sehingga kini. Dorongan ibunya menjadikan beliau ahli keluarga yang pertama menggenggam ijazah sarjana muda daripada 14 orang adik beradik.

 

Walaupun diuji dengan kematian bapanya sewaktu kecil, namun kehilangan ibunya memberi kesan yang hebat kerana ibu beliau alasan beliau meneruskan pelajaran sehingga berjaya bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-47.

 

“Saya sensitif kalau topik ibu ayah dibangkitkan kerana saya mengambil masa 6 bulan untuk bangkit dari kesedihan saya,” katanya.

 

Mas Nur Jannah juga mengatakan bahawa ketinggiannya hanya 123 cm bukanlah masalah yang besar kepada dirinya. Pada mulanya, gurunya ingin mendaftarkan beliau di Pendidikan Khas namun beliau menolak kerana ianya bukanlah suatu masalah. Namun, beliau mendaftarkan diri sebagai OKU apabila ingin mengambil lesen kereta.

 

“Pada mulanya saya menganggap status ini akan halang saya untuk berjaya tetapi hasil dari bacaan dan semangat dari orang ramai, pemikiran OKU tidak boleh berjaya semakin hilang,” katanya.

 

Tambah beliau, sifatnya yang gemar mencari ilmu menjadikan beliau aktif di universiti. Beliau berjaya menjadi Majlis Perwakilan Kolej dan ahli Persatuan Orang Kurang Upaya UPM. Baginya, pendidikan secara tidak formal juga sama penting dengan pendidikan yang formal.

 

Jangan takut untuk berhadapan dengan dunia dan manusia dan ubahlah perspektif kita menjadi baik antara pesanan beliau kepada pelajar OKU yang sedang menuntut ilmu.

SXKSQAk~