???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Nistasa, pelajar orang asli tekad ubah nasib keluarga melalui pendidikan

 

SERDANG, 6 Okt - Berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan sederhana, Nistasa Yuyana a/p Nazli, 20, tekad mengubah nasib keluarganya melalui pendidikan.

 

Anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik ini berkata, beliau yakin hanya ilmu dan usaha yang dapat menjamin masa depan serta membuka peluang pekerjaan yang baik kepadanya.

 

Beliau, yang berasal dari suku Semelai, telah mendaftar dalam program Bacelor Seni Bina Landskap Dengan Kepujian, dan menzahirkan kegembiraan kerana sememangnya impian itu telah lama dipendam sejak di bangku sekolah lagi.

 

“Sebagai harapan keluarga, saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengubah nasib keluarga.”

 

“Saya turut bersyukur dengan adanya bantuan daripada Biasiswa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), saya dapat melanjutkan pengajian di UPM.”

 

Berbekalkan keyakinan dan keterujaan, Nistasa, yang berasal dari Bera, Pahang, mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM) ditemani kedua-dua orang tuanya.

 

“Ibu bapa saya hanya melakukan pekerjaan kampung, dan hidup dalam keadaan sederhana. Inilah yang menjadi pemangkin serta motivasi saya untuk melanjutkan pengajian,” katanya.

 

“Peluang tidak datang berkali-kali, maka belajar bersungguh-sungguh untuk mengecapi masa depan yang lebih cerah” merupakan moto hidupnya.

SXMWVAv~