???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

?€?Nenek, engkaulah inspirasi kejayaanku hari ini?€?, kongsi Tan Wen Li

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

 

 

Bintulu, 3 November- Di sebalik senyuman dan kegembiraan yang terpancar, tersimpan kisah suka dan duka untuk memperoleh diploma di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Beliau dan tiga orang adik beradiknya telah kehilangan ibu dan ayah sejak dari kecil dan dibesarkan oleh nenek dan ibu tiri dengan penuh kasih sayang  walaupun kehidupan mereka susah.

Pelajar Diploma Pengurusan Perladangan Makanan dengan Kepujian, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB, Tan Wen Ni, berkata, sejak kehilangan ayah lima tahun lalu kehidupan mereka sekeluarga agak sukar dan rezeki sambung belajar di UPMKB menjadi titik permulaan untuk mengubah nasib keluarga.

 

‘’Nenek merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar saya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Nenek yang selalu beri motivasi.  Jika pisau karat diasah setiap hari akan menjadi tajam dan kilat, maka tiada istilah penat, terus berusaha, jangan sesekali putus asa pesan neneknya” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-48 Sidang 1 di Kampus Bintulu hari ini.

 

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini sanggup terbang ke negeri Bumi Kenyalang untuk sentiasa tabah dan bekerja keras di negeri orang untuk menimba ilmu.

Beliau sangat bersyukur kerana di UPMKB berkat sokongan pensyarah dan rakan-rakan di UPMKB  banyak mendorongnya bukan hanya fokus dalam bidang akademik semata-mata tetapi Kokurikulum juga.

“Di sini saya menjadi lebih dewasa tanpa keluarga di sisi untuk terus berdikari dan berfikiran matang dalam membuat Keputusan.

“Saya ingin menjadi seorang pengajar dan ejen perubahan dalam sektor pertanian. Dengan pengkhususan dalam pengurusan perladangan makanan, beliau percaya bahawa pengurusan sumber yang baik adalah asas kepada keselamatan makanan negara.

Tambahnya, ilmu yang diperolehi ini bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi untuk disumbangkan kepada keluarga dan juga Masyarakat.

SXMWKA7~