???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

MUSAFIR HANA RINGANKAN BEBAN KELUARGA

 

 

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

 

SERDANG, 4 Okt - Sempena kemasukan pelajar baharu sesi akademik 2023/2024 ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusat Islam Universiti telah menganjurkan program Musafir Hana sebagai salah satu inisiatif membantu meringankan beban keluarga untuk menghantar pelajar mendaftarkan diri di sini.

Pengarah Pusat Islam UPM, Zuhaimi Abdul Rahim berkata program bermula 29 September sehingga 1 Oktober 2023 ini memperlihatkan fungsi masjid sebagai pusat perkhidmatan pembangunan ummah bukan sekadar tempat untuk beribadah sahaja.

“Apabila ibu bapa atau penjaga datang mendaftar anak-anak mereka sebenarnya banyak kos yang perlu dibelanjakan seperti yuran pembelajaran, barangan keperluan pelajar termasuklah kos perjalanan ke sini terutamanya mereka yang datang jauh dari Sabah, Sarawak, Perlis, Terengganu dan sebagainya.

 

“Oleh itu, program Musafir Hana ini menyediakan platform untuk para musafir beriktikaf di masjid pada waktu malamnya di samping menyediakan sarapan pagi,makan tengah hari dan minum malam secara percuma termasuklah kemudahan pengangkutan kepada musafir dari Masjid UPM ke kolej untuk mendaftar,” katanya.

Katanya, kemudahan ini turut diberikan kepada ibu bapa bukan Islam bagi meraikan sesiapa sahaja yang datang ke Masjid dan merapatkan ukhwah antara komuniti.

 

Penyediaan khemah untuk berehat dan menyalin pakaian turut disediakan bagi memberi keselesaan kepada musafir wanita khasnya selain menyediakan bantal dan selimut untuk tidur kepada musafir yang bermalam di sini.

“Setakat ini hanya yang beragama Islam sahaja bermalam di Masjid, tetapi kita juga menyediakan khemah untuk golongan bukan Islam berehat di tempat yang bersesuaian sekiranya mendapat permintaan daripada mereka.

“Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka yang singgah di Masjid untuk sarapan dan makan tengah hari dan kita sangat terbuka kepada sesiapa sahaja tetamu yang datang ke masjid kita meraikan mereka,” katanya.

Jelasnya, inisiatif ini bukan sahaja dilaksanakan pada musim pendaftaran pelajar baharu sahaja malah turut dilakukan pada musim konvokesyen UPM setiap tahun sebagai kemudahan kepada ahli keluarga.

Inisiatif Pusat Islam ini mendapat reaksi dan komen positif rata-rata ibu bapa yang hadir dan pengguna Facebook UPM.

“Semoga menjadi contoh kepada masjid-masjid yang lain. Alhamdulillah kepada pengurusan Pihak UPM menjadikan masjid untuk penginapan ibu bapa yang tidak mampu dan datang dari jauh. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga dihari akan datang terus menghulurkan bantuan seperti ini,” komen Masjan Mahmun.

“Terima kasih masjid UPM…kami dari Selayang singgah solat Zohor di Masjid UPM juga dijemput untuk makan tengahari di Masjid,” komen Nur Hidayah Ali.

“Tahniah UPM cakna dari pelbagai sudut membuka mata ke segenap lapisan masyarakat memberi peluang pad harapan yang menggunung, langkah pertaman di alam universiti yang sangat-sangat manis untuk dikenang,” komen Noor Sabrina Ibrahim.

Dalam pada itu, Zuhaimi turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat sepanjang Program Musafir Hana Masjid UPM 2023 berlangsung.

“Semoga dengan usaha semua akan dilimpahkan pahala dan keberkatan oleh Allah SWT,” katanya. -UPM

SXKSQAi~