???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Muhammad Muzhaffar Syah anak pertama dalam keluarga berjaya genggam segulung ijazah

Oleh: Nisa Sahira Samsudin

Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

 

 

SERDANG, 28 November – “Saya merupakan anak yang pertama yang berjaya menggenggam segulung ijazah dan saya gembira atas kejayaan saya ini,” kata Muhammad Muzhaffar Syah Azmi yang telah bergraduat dalam Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian, Fakulti Sains pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-47, hari ini.

 

Anak kelahiran Skudai, Johor ini merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik dan merupakan orang pertama di dalam keluarga beliau yang menyambung pengajian sehingga ke peringkat ijazah.

 

“Adik-beradik saya yang lain mempunyai perspektif minda yang berbeza iaitu lebih ke arah alam pekerjaan manakala saya memilih untuk mementingkan pendidikan kerana saya sedar  pentingnya pendidikan ini telah dipupuk oleh rakan sebaya ketika di sekolah menengah,” katanya. 

 

Muhammad Muzhaffar Syah yang merupakan alumni Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Statistik adalah berikutan minat beliau dalam bidang Matematik yang berinspirasi dari pensyarah beliau pada peringkat asasi.

 

“Cabaran terbesar yang dialami saya adalah diskriminasi terhadap status ayahnya yang bukan warganegara Malaysia dan disebabkan itu saya tidak layak untuk memohon mana-mana bantuan atau tajaan pengajian,” katanya. 

 

Namun begitu, beliau berterima kasih dan bersyukur ke atas hasil titik peluh ayahnya yang mampu untuk menanggung kos pengajian dari beliau sekolah hingga ke peringkat universiti.

 

“Saya berterima kasih kepada ibu, adik-beradik serta rakan sekelasnya yang memberi sokongan dari pelbagai bentuk sepanjang pengajian saya dan tanpa sokongan mereka tidak mungkin saya akan berada di tahap ini,” katanya. 

 

Cabaran tersebut juga tidak mengahalang Muzhaffar dari berkecimpung dalam bidang kepimpinan di mana beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2021/2022, Timbalan Setiausaha Majlis Perwakilan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), serta Pengerusi Kelab Persatuan Chapter Student Ambassador (CSA).

 

Kini, beliau merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master untuk meneruskan cita-cita beliau untuk menjadi seorang pendidik.

SXKRWAi~