???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

MIOR BERTONGKAT GENGGAM IJAZAH

SERDANG, 22 Mac – Akibat kemalangan motosikal pada usia 15 tahun, graduan Bacelor Sastera Bahasa Dan Linguistik Melayu dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah kehilangan kaki kanan menyebabkan kecacatan kekal buat dirinya.

Mior Mohd Firdaus Mior Mohd Fadzli semasa kemalangan berlaku tidak menyangka bahawa kaki kanannya bakal hilang kerana pada awalnya hanya patah. Namun kaki kanannya bertukar menjadi hitam dan ianya terpaksa dibuang.

“Saya seorang atlet bola sepak. Bila hilang sebelah kaki, bagaimana kehidupan saya selepas ini? Kehidupan saya semua musnah kerana kecacatan ini.

Oleh kerana belum mempunyai kaki palsu, saya jarang ke sekolah kerana tiada alat sokongan. Saya hanya ke sekolah pada tingkatan 5 untuk mengambil SPM,” katanya ditemui selepas tamat Majlis Konvokesyen UPM ke-45 hari ini.

Namun kecacatan kekal yang dialami oleh Mior bukanlah satu penghalang untuknya bangkit dan menggengam segulung ijazah hari ini.

Mior berkata berkat doa daripada ibu bapa dan opahnya membuatkan dia berfikiran matang bahawa hidup ini perlu diteruskan kerana banyak lagi yang perlu dicapai bukannya berhenti sehingga takat ini sahaja.

“Semasa di UPM, saya tak masuk semua acara sukan walaupun untuk OKU kerana semangat saya untuk bersukan sudah luntur dan tiada langsung.

“Namun saya tekad jika hendak capai sesuatu, lihat kesusahan orang lain. Kekurangan diri saya sedikit jika hendak dibandingkan dengan orang yang mempunyai kecacatan yang perlu diuruskan oleh orang lain, “ katanya.

Beliau sangat bersyukur kerana UPM menyediakan van mobiliti untuk memudahkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sepertinya pergi ke kuliah dan banyak membantunya ketika sedang belajar di sini.

Tambahnya, apa yang dialami adalah satu ujian yang sangat kecil berbanding kesusahan di akhirat yang menjadikan sumber kekuatan buat dirinya memperoleh segulung ijazah pada hari ini. – UPM

SXMWVAd~