???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

MENGUTAMAKAN KEDUA IBU BAPA, PENDORONG KEJAYAAN KEMBAR

Oleh: Nursyafiqa Razali
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia

SERDANG, 19 MAC­ – “Bagi kami selain mengingati Allah s.w.t dengan sentiasa membaca al-Quran, berzikir, dan solat sunat, ibu bapa juga perlu diutamakan dalam segala perkara yang dilakukan dan jangan sesekali kita mengetepikan kedua ibu bapa”.

Demikian adalah kata-kata yang dikongsikan oleh pasangan kembar iaitu Nur Haleeza Binti Elias, 24 dan Nur Haleeda Binti Elias, 24 yang telah menerima ijazah Bacelor Pertaniaan Akuakultur dan Bacelor Sains Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti masing-masing pada hari ini dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45.

Walaupun mereka sentiasa bersama dan berkongsi banyak perkara sejak dari usia kecil lagi ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk mengejar impian pasangan kembar yang berasal dari Klang dan dibesarkan di Kajang ini dalam berlainan bidang.

Menurut Nur Haleeza, “walaupun sudah bekerja dalam bidang yang berbeza tetapi saya masih mengingati kembar saya”.

Apabila ditanya mengenai tips pembelajaran yang dilakukan sepanjang pengajian, pasangan kembar ini menyatakan bahawa “Bagi kami tips yang diamalkan sejak dari bangku hingga ke peringkat pengajian di UPM ini adalah berjumpa terus kepada orang yang akan mengajar kami seperti kawan-kawan dan pensyarah”.

Menurut Nur Haleeza graduan daripada Fakulti Pertanian berkata antara cabaran besar yang dihadapi sepanjang tempoh pengajiannya membahagikan masa untuk belajar dan meyertai aktiviti luar.

Manakala cabaran yang dihadapi oleh Nur Haleeda iaitu graduan daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ialah cabaran dalam memahami setiap subjek yang diikuti sepanjang pengajian.

“Saya rindukan suasana menaiki bas pada awal pagi untuk ke kuliah setiap hari’, kata Nur Haleeza apabila ditanya tentang kenangan manis sepanjang pengajian di UPM.  Manakala kenangan manis yang pernah dirasai oleh kembarnya iaitu Nur Haleeda pula ialah “saya dapat berjumpa dengan ramai pelajar dari bidang yang berbeza dan ia dapat menambahkan pengetahuan saya apabila menyertai kelab Sekretariat Rakan Muda”. – UPM

SXMWLA7~