???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Melakar Detik Indah, Pasangan Suami Isteri Kongsi Pentas Terima Ijazah

Oleh : Helena Pieary Juman dan Nur Syamila Kamarul Arefin

 

SERDANG, 1 Disember- Siapa sangka jalinan kasih yang terbentuk diawal 2017 ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana akhirnya akan berlanjutan hingga peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

 

Pasangan suami isteri Mohamad Syazwan Ngalimat, 31, dan Nur Shidaa Mohd Ali, 32, tidak menyangka berjaya merakam momen indah berkongsi pentas menerima Ijazah PhD. Mikrobiologi dan Akuatik Bioteknologi di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

Mohamad Syazwan Ngalimat, 31, dan pasangannya menzahirkan perasaan gembira berjaya meraikan majlis graduasi bersama.

 

Walau bagaimanapun, pasangan ini turut berkongsi kisah perit mengakui berhadapan dengan banyak cabaran sebelum menamatkan pengajian,

 

“Pelbagai rintangan serta ujian yang harus ditempuh oleh kami sepanjang tempoh pengajian, Tidak mudah bagi kami untuk beradaptasi dengan pelbagai ujian yang menimpa.

 

“Cabaran terbesar yang harus ditempuh, saya kehilangan ibu bapa kandung, bukan itu sahaja isteri saya turut mengalami keguguran sebanyak dua kali,

 

Namun apapun ujian yang menempa kena Sentiasa bersabar, bersyukur dan bersangka baik dengan segala perancangan Allah S.W.T katanya ketika ditemubual pada Majlis Konvokesyen UPM ke-48.

 

Begitu juga bagi pasangan Arvin Rau Gunarayu, 30, dan Sarmila Narayansamy Naidu, 31, yang bekerja sebagai jurutera sambil melanjutkan pengajian Sarjana Kejuruteraan Sistem Pembuatan di Universiti Putra Malaysia (UPM), menjadi inspirasi buat ramai.

 

 

 “Kami bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan terus menghadiri kelas dalam talian dari pejabat masing-masing pada jam 6 petang.

 

Rutin ini memerlukan disiplin tinggi kerana pasangan ini sering pulang lewat malam ke rumah selepas kelas. Namun, semester kedua membawa cabaran yang lebih besar apabila hampir 90% kelas diadakan secara bersemuka.

 

“Jika terdapat kelas isteri akan tamat kerja seawal jam 3:30 petang untuk menaiki KTM dari Tampin ke Senawang. Saya akan menunggunya untuk sama-sama bergerak ke UPM bagi menghadiri kelas pada jam 6 petang.

 

“Rutin ini sangat meletihkan, tetapi kami sentiasa menyokong satu sama lain,” ujar Arvin.

 

“Sokongan antara satu sama lain menjadi tunjang utama kejayaan kami. Kami merasa sangat bertuah dapat mencapai kejayaan ini bersama-sama,” ujar mereka sambil tersenyum bangga memegang skrol masing-masing.

 

Kisah pasangan ini menggambarkan nilai kesungguhan, pengorbanan, dan kerjasama dalam mencapai impian. Ia menjadi inspirasi kepada pasangan lain bahawa tiada cabaran yang terlalu besar untuk dihadapi bersama.

SXMWDAc~