???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

LEBIH 13,000 PESERTA SERTAI KUIZ ANJURAN JABATAN KIMIA UPM

SERDANG, 12 Julai – Lebih 13,000 pelajar sekolah rendah, menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah menyertai kuiz anjuran Jabatan Kimia, Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sempena sambutan Minggu Sains Negara 2024, baru-baru ini.

 

 

Kuiz yang dijalankan secara dalam talian ini telah dibina bagi menguji pengetahuan peserta mengenai ekosistem, spesies terancam, dan teknologi bioteknologi terkini.

 

Ketua projek, Pensyarah Jabatan Kimia FS UPM, Dr. Mohd Rashidi Abdull Manap berkata kuiz ini menjadi platform pendidikan yang menyeluruh kepada semua peserta dalam bidang-bidang tersebut.

 

Dengan tema yang relevan, kuiz ini menerima sebanyak 13,096 penyertaan dari seluruh negara melibatkan peserta bandar dan luar bandar. Semoga penganjuran kuiz seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk memastikan kesinambungan minat dalam bidang sains dan teknologi di kalangan generasi muda.

 

 

“Kuiz ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Emilia Abd Malek dari Jabatan Kimia, UPM juga dan pembinaan soalan juga mendapat kerjasama daripada pensyarah di Kyushu University, Jepun, Prof. Madya Nakano Haruka dan Prof. Madya Dr. Pruteanu Lavinia-Lorena dari Technical University of Cluj-Napoca, Romania,” katanya.

 

Penganjuran program ini juga mendapat kerjasama Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dan keputusan pemenang telah diumumkan pada 7 Julai lalu melalui laman sesawang rasmi penganjur : https://imbc.upm.edu.my/. -UPM

SXKSQAU~