???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Lapan anak pemangkin semangat Asrul Muzamil sambung pengajian peringkat Master

 

SERDANG, 29 Nov – Bapa kepada lapan orang anak, Asrul Muzamil @ Amiruddin Ismail, 36, tidak menjadikan alasan untuk beliau berjaya bergraduat Master Pembangunan Sumber Manusia, Pengajian Jarak Jauh (PJJ), UPM pada Majlis Konvokesyen UPM kali ke-47 Sidang 2, hari ini.

 

Beliau berkata semangatnya untuk menyambung pengajian ke peringkat Master ketika kelahiran anak bongsunya pada tahun 2021.

 

“Saya ketika itu memaklumkan pada isteri saya Ros Amiza Md Nazir mengenai hasrat saya ini dan saya bersyukur beliau memberi semangat serta dorongan untuk saya untuk memulakan penerokaan imu ini,” katanya.

 

Asrul Muzamil yang memiliki tiga orang anak lelaki serta lima orang anak perempuan dalam lingkungan umur 16 hingga 2 tahun berharap dengan graduasinya ini akan memberi inspirasi kepada anak-anak beliau.

 

“Saya selalu berkata kepada anak-anak saya kalau abah yang bekerja boleh berjaya melanjutkan pengajian anak-anak abah pasti mampu sambung lebih cemerlang dari abah lagi,” katanya. 

 

 

Beliau yang berkhidmat sebagai Penolong Jurutera di Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan menceritakan antara pengalaman beliau ketika menyambung pengajian secara PJJ di UPM.

 

“Bagi saya pengajian yang ditawarkan oleh UPM adalah sangat baik dan fleksibel dan ini membolehkan saya dapat mengikuti kelas secara maya di mana-mana sahaja dan saya berterima kasih kepada para pensyarah yang memahami situasi kami yang sudah berkeluarga. 

 

“Saya turut mengalami detik cemas ketika hendak ke kuliah saya mengalami kemalangan dan ketika itu anak saya bersama saya serta kereta saya terbabas di tengah jalan dan mujur tiada kecederaan yang serius,” katanya. 

 

Perancangan Asrul Muzamil  seterusnya adalah untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD kelak.

 

“Saya telah mensasarkan sebelum usia saya 45 tahun saya mahu menggenggam PhD dan dengan adanya ilmu ini saya dapat memberi inspirasi kepada anak-anak serta masyarakat sekeliling saya kerana saya percaya ilmu pengetahuan perlu dicungkil sehingga akhir hayat,” katanya. 

SXKSUA~