???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Korban Masa Untuk Demi Segulung Ijazah

Oleh: Nurul Qamarina
Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

 

 

Serdang, 30 November - Walaupun sibuk bekerja,  Nur Deana Syafiqah Abdullah, 29,  berjaya membuktikan bahawa beliau mampu menggenggam master pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke 47 pada hari ini. 

 

“Pagi saya bekerja kemudian terus ke kelas pada waktu petang dan malam waktu untuk belajar,” katanya. Walaupun menyambung master hanya untuk meluangkan masa, beliau berjaya tamat dalam tempoh masa dalam bidang Master Sains Kesihatan dan Pekerjaan. 

 

Masa beliau banyak dihabiskan untuk bekerja dan berulang alik dari Kuala Lumpur ke UPM untuk menghadiri kelas. Beliau juga menggunakan cuti tanpa gaji demi menghadiri kelas dan kadang kala tidak keluar makan tengah hari untuk menghantar tesis.

 

“Kalau saya tertekan, saya akan duduk di rumah menonton cerita Korea atau keluar membeli belah,” katanya. Baginya, pengurusan tekanan boleh dilakukan dengan cara yang mudah dan setiap orang mempunyai cara yang tersendiri.

 

“Setiap kesusahan yang kita hadapi pasti akan diakhiri dengan kejayaan yang manis,” merupakan pegangan hidup Nur Deana. Beliau berkongsi kenangan manis apabila berjaya mendapat anugerah Silver Award pada persidangan INTEX di Sarawak.

 

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dan sekiranya kita jatuh, kita perlu bangkit semula untuk berjaya antara pesanan beliau. Sekiranya tiada aral melintang, beliau akan melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UPM pada tahun hadapan.

SXKSUA~