???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Kejayaan Umar Haikal: Mengatasi Cabaran untuk Mencapai Impian dan Membanggakan Ibu Bapa

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

Keinginan untuk membawa ibu bapa ke pentas universiti, melihat mereka tersenyum bangga dengan pencapaiannya, menjadi dorongan utama bagi graduan Bacelor Sains Biologi dengan Pendidikan (Kepujian), Fakulti Sains UPM, Umar Haikal Othman, 23.

 

Beliau berasal dari keluarga yang sederhana, impian Umar untuk memberi penghormatan kepada ibu bapa melalui kejayaan akademiknya telah membakar semangatnya untuk terus maju.

 

Umar seperti graduan lain, tidak lari dari cabaran sepanjang pengajian, namun sesuatu perlu dilakukan demi cita-citanya. Ketika tahun kedua pengajian, beliau berdepan dengan kesulitan dalam menguruskan masa, antara komitmen akademik dan aktiviti kokurikulum yang beliau ceburi.

 

 

Namun, semangat juangnya tidak pernah pudar. Walaupun kadangkala merasa mahu menyerah, inspirasi dan sokongan rakan-rakan serta tekad untuk terus berjuang memberi kekuatan kepadanya.

 

"Pada waktu itu, saya merasakan sehari itu tidak cukup untuk menyiapkan segala-galanya. Tetapi dengan dorongan dari kawan-kawan, saya berjaya mengharungi kesulitan tersebut," jelas Umar, yang kini memperoleh purata gred kumulatif (CGPA) 3.84, satu pencapaian yang membanggakan.

 

Umar juga aktif dalam kokurikulum dan sentiasa mencari peluang untuk memperkaya pengalaman melalui program khidmat belajar semasa cuti. Bagi beliau, kejayaan akademik bukan sekadar memperoleh pointer tinggi, tetapi juga memperkasa diri dengan kemahiran dan pengalaman yang relevan.

 

 

"Pelajaran itu memang penting, tetapi pointer 4.0 tidak menjamin kehidupan yang baik. Kejayaan sebenar adalah apabila akademik itu seiring dengan kemahiran dan pengalaman yang kita peroleh," tambahnya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen UPM Ke-48 Sidang 2 hari ini.

SXMWJAa~