???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Kejayaan memerlukan sebuah pengorbanan yang besar, kongsi graduan UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto oleh: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 28 Nov – Hendak berjaya memerlukan pengorbanan yang besar memberikan hasil yang dapat mengubah masa depan seseorang dengan pendidikan.

 

Sudah beberapa kali graduan Bacelor Sains Biologi, Fakulti Sains, Sehnegha Kasirajan, 23, beberapa kali mengalah dengan kemampuan dirinya bagi memperoleh ijazah.

 

"Walaupun saya berasa sangat penat dan kurang rehat semasa dalam pengajian kerana perlu melakukan tiga hingga empat kerja demi menanggung kos sara hidup, saya nekad perlu tamatkan pengajian ini walaupun ada rasa ingin mengalah.

 

"Saya datang daripada keluarga B40, sebab itu pendidikan sangat-sangat penting untuk mengubah nasib keluarga kami. Jika mahukan pendidikan tersebut usahalah mencari jalan agar ianya tidak memberi bebanan kepada ibu bapa. 

 

"Ingatlah hanya  dengan pendidikan kehidupan seseorang dapat diubah, " katanya pada majlis konvokesyen UPM ke-47.

 

Gadis berasal daripada Ipoh, Perak ini turut menyatakan kerja sampingan yang dilakukan olehnya sangat membantu memberikannya banyak ilmu dan pengalaman. Setiap hari beliau akan bekerja disamping membuat ulang kaji dan menyiapkan tugasan.

 

 

"Sepanjang bekerja dalam sektor makanan, saya tidak pernah rasa malu dan hanya ingin fokus kepada kerja dan belajar bersungguh-sungguh.

 

"Apa-apapun setiap saat itu sangat berguna. Jangan pernah dibazirkan. Kepenatan itu adalah pembakar semangat mencapai kejayaan" katanya,

 

Menurutnya, hidup ini perlu diteruskan walaupun banyak ujian dan cabaran yang perlu ditempuh.

 

Terima kasih kepada ibu dan ayah yang banyak memberi semangat sehingga beliau berjaya memperoleh ijazah hari ini.

 

"Pengorbanan yang saya lakukan membuahkan hasil. Hidup ini mencabar dan jangan sesekali mengalah, " ujarnya.

SXMWKAq~