???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Jonathan bangga rangkul ijazah

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang

SERDANG, 26 Nov- Bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, Jonathan Nyepa atlet Olahraga turut berjaya dalam bidang akademik apabila bergraduat dalam Bachelor Sains Pembangunan Manusia, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) di Konvokesyen ke-47, Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

 Ditanya mengenai rahsia kejayaannya, atlet yang memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA Kemboja 2023, Mei lalu berkata, dia perlu fokus di dalam kelas serta perlu membahagikan masa antara pelajaran dan latihan olahraga dengan baik.

 Katanya, selain dorongan keluarga, rakan sekelas banyak membantu terutama ketika dia tidak dapat hadir ke kuliah bagi menyertai pertandingan.

“Saya terpaksa menangguh pelajaran untuk pertandingan sukan di Sukan Komanwel Gold Coast pada tahun 2018 dan Sukan Sea Kuala Lumpur tahun 2019.

"Kini saya telah berjaya. Minat dan pelajaran perlu seiring, kerana jika tiada pelajaran bagaimana masa depan jika sudah pencen dalam bidang sukan," katanya yang berasal dari Bintulu, Sarawak.

Sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47, Jonathan telah menerima anugerah universiti iaitu Pingat Razlan Putra yang diberikan kepada ahli sukan yang yang berjaya.

Mengulas lanjut, anak kepada petani itu kini telah membuktikan kepada warga muda di Sarawak bahawa dia bukan hanya seorang atlet tetapi seorang pelajar yang terus mencari ilmu bagi mengubah kehidupan.

Katanya, memikirkan cabaran bakal dihadapi, dia berharap supaya semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

"Enam tahun adalah tempoh untuk saya mendapatkan ijazah dah juga pembakar semangat untuk menamatkan pengajian tersebut.

"Kepada golongan muda, pilihlah bidang digemari dan berusahalah sehingga berjaya," katanya yang terbabit dalam bidang olahraga sejak berusia 12 tahun," ujarnya.

SXKSQAk~