???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Jelajah Borneo MPP UPM Perkasa Komuniti Melalui Pendidikan dan Pertanian Bandaran

KOTA KINABALU, 15 Ogos - 20 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mendekati beberapa komuniti di Sabah dan Sarawak bagi memperkasa masyarakat setempat dalam bidang pendidikan, kesejahteraan komuniti, dan pembangunan alam sekitar, baru-baru ini.
 
 
Pengarah program, Sarah Adila Mohd Fauzi berkata eksplorasi jelajah Borneo itu merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti selain mengembangkan kemahiran sosial dan memperkukuhkan pemahaman peserta terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.
 
"Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah ceramah mengenai pertanian bandaran dengan fokus khas pada teknik penanaman menggunakan sistem akuaponik sebagai usaha menyokong usaha Pertanian Untuk Rakyat (PUTRA) yang telah dilakukan oleh UPM.
 
“Ceramah ini telah disertai oleh 30 orang penduduk Kampung Darau Menggatal, Kota Kinabalu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang manfaat pertanian bandaran, serta memperkenalkan cara penanaman yang lebih lestari dan sesuai dengan persekitaran bandar,” katanya.
 
 
 
Dalam pada itu, para peserta juga telah mengagihkan 100 pek makanan yang dimasak sendiri kepada komuniti setempat sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana menerima kunjungan mereka.
 
“Di samping itu, sebanyak 400 pek makanan tajaan Aynuf telah diedarkan kepada komuniti di Kampung Darau Menggatal, Sabah dan di Kampung Jepak Hulu serta Rumah Panjang Michael Ding di Sebauh, Sarawak,” katanya.
 
Tambahnya, sumbangan ini adalah salah satu langkah untuk membantu memenuhi keperluan asas penduduk setempat, terutamanya bagi mereka yang memerlukan.
 
 
 
Beliau berharap agar program dengan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tersebut dapat memberi manfaat besar kepada komuniti yang disasarkan, di samping memberikan pengalaman bermakna kepada para peserta yang terlibat.
 
Secara tidak langsung, program ini turut menyokong matlamat 1 Pelan Strategik UPM 2021-2015 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang. -UPM

SXKSQA~