???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Inovasi Pertanian UPM raih Pingat Emas dan Anugerah Khas di Korea Selatan

SERDANG, 8 Nov – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui pasukan inovasi daripada Pusat Pertanian Putra (PPP), telah meraih kejayaan berganda menerusi Seoul International Innovention Fair (SIIF) 2023 di Dewan Persidangan COEX, Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Pasukan inovasi PPP UPM telah berjaya memenangi Pingat Emas bagi produk inovasi “Putra Pro-Cut dan Putra Fast-Snap: Revolusi dalam teknik pembiakan tanaman secara Markot”, iaitu alatan inovatif yang memudahkan proses pembiakan tanaman, mengurangkan pembaziran masa, meningkatkan produktiviti, dan dapat mengelakkan sebarang kecederaan.

Pasukan inovasi UPM turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya meraih Anugerah Khas dari negara Thailand bagi Rekacipta dan Inovasi Terbaik Antarabangsa.

Kejayaan ini membuktikan UPM mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan inovasi berkualiti tinggi yang sedia untuk dikomersialkan, sekali gus dapat meningkatkan produktiviti pertanian dan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

SXKSQAr~