???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Ibu Rayu Demi Masa Depan Anak

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 30 Nov- Rayuan ibu kepada anak lelakinya untuk mengubah masa depan akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya memperoleh ijazah sarjana muda hari ini.

 

Muhammad Hazwan Mohd Rafien, 31, sering kali membuat ibunya menitiskan air mata dan risau mengenai kehidupan beliau pada masa akan datang.

 

“Saya rasa malas nak ubah masa depan, namun ibu tidak pernah mengalah dalam membesarkan saya dan mendoakan kejayaan saya setiap hari walaupun saya mempunyai banyak masalah dalam pelajaran dan juga disiplin diri. 

 

“Ibulah penguat semangat saya dan tidak pernah putus harapan sehingga saya berjaya bergelar seorang pensyarah di salah sebuah Politeknik,” katanya pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-47.

 

 

Hazwan merupakan graduan Ijazah Sarjana Sains Ekologi dan Pengurusan Hidupan Liar yang bergraduat hari ini di UPM.

 

Pemuda ini berkata, beliau mengambil keputusan untuk menyambung ijazah sarjana kerana merasakan selama ini beliau mensiakan-siakan peluang yang ada tanpa berusaha dengan bersungguh-sungguh sepanjang hidupnya sebelum ini.

 

“Saya sangat malas dan tidak mahu berusaha untuk mencapai kejayaan. Kerana ingin berubah dan mahu membalas jasa ibu, saya berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana di UPM.

 

 

“ Saya  juga mampu berjaya dan mengubah masa depan seperti orang lain dan berjanji tidak mahu melukakan hati ibu lagi,” ujarnya.

 

Menurutnya, dia bersyukur kegagalan sebelum ini menyebabkan beliau bangkit dan berusaha lebih gigih untuk membentuk dirinya yang sekarang dan menjadi contoh kepada golongan muda agar jangan mengalah dalam kehidupan.

 

“Yang penting bangkit dan berusahalah sebaik mungkin bagi mencapai kejayaan dalam hidup ini walaupun sentiasa gagal,” katanya.

SXKSQA~