Oleh: NURUL EZZATY MOHD AZHARI dan NUR SYAMILA KAMARUL AREFIN
SERDANG, 7 Feb - Pasukan GreatBLU Universiti Putra Malaysia dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan KITS CABARAN kategori universiti yang disertai pada bulan Januari lalu anjuran Digital Internet Association Malaysia (iaM).
Dinesh Vijayan merupakan pelajar tahun akhir Bachelor Komputer Sains bersama rakan sepasukannya Annur Izzah Ahmad Zambri menggenggam gelaran juara menerusi projek inovatif mereka menghasilkan sistem prototaip untuk mengenal pasti pembeli yang layak membeli barangan subsidi.
Dinesh berkata, idea itu tercetus apabila beliau sering membeli barangan subsidi kerajaan seperti minyak masak dan gula.
"Saya sering membeli minyak dan gula di kedai runcit seperti mereka yang layak mendapatkan barangan subsidi dari kerajaan.
"Namun saya merasakan ini tidak adil bagi golongan yang sepatutnya dapat membeli barangan subsidi kemudian mengambil kesempatan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi," katanya.
Tambahnya lagi, beliau berasa sangat berbangga dengan kemenangan ini kerana dia merasakan ideanya ini akan membantu kerajaan untuk mengenal pasti siapa yang selayaknya mendapatkan barangan subsidi.
Katanya, pada masa hadapan beliau berharap sistem yang prototaip dapat dibangunkan dan digunakan oleh kerajaan untuk membantu mereka lebih memerlukan.
Pada 22 Februari lepas, Dinesh dan Annur tersenarai antara 10 kumpulan yang berjaya mara ke pusingan akhir pertandingan KITS CABARAN kategori universiti. Pasukan ini berjaya membawa pulang RM 2,000, sijil penyertaan dan trofi kemenangan.