???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Graduan melecur hampir seluruh badan, Norazam ingin bangkit banggakan ibu bapa

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

SERDANG, 25 Nov – Menjadi satu peristiwa hitam buat Norazam Syafiq Shari apabila mengalami kebakaran pada hampir keseluruhan anggota badan akibat terlibat dalam kemalangan letupan di sebuah gudang tempat penyimpanan bahan kimia di Bukit Jalil pada 31 Mei lalu. 

Beliau yang merupakan graduan Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian berkata kejadian ngeri itu berlaku dua hari sebelum beliau menamatkan sesi latihan industri.

“Saya terlantar di hospital selama dua bulan kerana hampir keseluruhan anggota badan terbakar termasuk muka, tangan dan kaki sebanyak 50 peratus dengan 3rd degree burn

“Buat masa kini saya sedang menerima rawatan susulan di dua hospital iaitu Hospital Serdang dan Selayang. Sememangnya saya hendak memberikan fokus sepenuhnya untuk memulihkan diri,” katanya. 

Berkongsi perkembangan semasa, anak keempat daripada lima beradik ini berkata beliau sudah mula boleh melakukan kerja-kerja harian serta menguruskan diri selain akan membuat pembedahan rawatan susulan pada tahun hadapan. 

Katanya, ibu bapanya menjadi sumber kekuatan agar beliau kekal positif dan beliau nekad untuk bangkit semula demi membanggakan kedua tulang belakangnya. 

“Ibu bapa saya sentiasa berpesan untuk teruskan hidup selagi boleh. Jadi itulah perkara yang saya pegang hingga kini dan tidak akan berputus asa untuk kembali sembuh,” katanya. 

Bagaimanapun beliau tetap teruja dapat bergraduat bersama rakan-rakan seperjuangannya dan menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) sidang 2, di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS ), hari ini.

SXKSQAf~