???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Faisal Kaji perkhidmatan bimbingan kaunseling dalam kalangan pegawai awam

Oleh: Sharifah Hannah Adibah Wan Serail
Jurufoto: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 30 Nov – Faisal Ahmad Raju, 30, berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Konvokesyen UPM, kaji perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pegawai awam. 

 

“Apabila berbicara tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rata-rata masyarakat Malaysia sering tertumpu kepada golongan remaja kerana dikatakan golongan ini lebih memerlukan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, tetapi sebenarnya setiap masyarakat memerlukannya, termasuk golongan pekerja. 

 

“Kerana itulah kajian penyelidikan Master saya menumpukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada golongan pekerja di sektor awam yang sebenarnya penting bagi menyokong kesejahteraan psikososial pekerja, meningkatkan produktiviti, dan memastikan keharmonian di tempat kerja.

 

“Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat membantu dalam menangani isu peribadi atau profesional yang boleh menjejaskan prestasi kerja mereka,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Faisal merupakan antara graduan kurang upaya fizikal (PH) yang berjaya menamatkan pengajian di UPM. 

 

Faisal yang kini pensyarah di salah sebuah kolej swasta di Petaling Jaya turut berkongsi pengalaman beliau sebagai Presiden Persatuan OKU, UPM yang membawa suara mahasiswa OKU di peringkat universiti, dan menyatakan bahawa UPM menyediakan kemudahan terbaik kepada mahasiswa, khususnya mahasiswa OKU baik dari segi keselamatan dan kebajikan.

 

Sebagai graduan OKU, Faisal menyatakan bahawa golongan OKU di Malaysia telah mendapat hak sama rata oleh masyarakat bagi peluang mendapatkan pekerjaan, dan usaha ini perlu diteruskan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup setiap golongan masyarakat.  

SXKSQA~