???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Enggan Bebankan Keluarga, Afig buat 5 kerja

 

SERDANG, 4 Disember- Dugaan zaman belajar di universiti bagi setiap orang adalah berlainan, tidak terkecuali Muhammad Afig Iskandar Adrel, 24, berkongsi  pengalaman sukar mencari wang untuk menyara diri sepanjang melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM)

 

Beliau ketika di temu bual pada Majlis Konvokesyen, UPM yang ke-48 berkongsi pengalaman pernah melakukan lebih daripada lima kerja sambilan seperti, peniaga burger, penghantar makanan, peniaga nasi ayam, staff banquet hotel, pekerja separuh masa di Secret Recipe, dan Boost Juice sepanjang bergelar mahasiswa.

 

“Sepanjang pengajian, saya di taja oleh JPA, keluarga berpendapatan sederhana bapa bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu, pembantu gerai makan,

 

Anak sulung daripada dua orang adik beradik ini sudah terbiasa beradaptasi dengan kesusahan, beliau berdikari untuk mencari wang sendiri, sehingga berjaya membuka gerai perniagaan

 

 

“Dengan bantuan pihak Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM)  UPM, saya berjaya membuka gerai burger yang serba sedikit, banyak membantu saya meraih pendapatan, dalam masa sama saya berpeluang membantu pelajar lain yang senasib dengan saya untuk menjana pendapatan sampingan.

 

“Saya tidak pernah meminta duit daripada keluarga, kerana saya enggan membebankan mereka semua, saya mengambil inisiatif sendiri mencari wang hasil pendapatan sendiri untuk menampung perbelanjaan sepanjang menuntut pengajian di UPM,

 

“Pengalaman itu buat saya sedar bukan senang untuk menjadi senang, dan bukan susah untuk menjadi susah, saya bangkit dari kepahitan tersebut, demi mengubah masa depan keluarga, dan pendapatan diri saya tekad untuk terus berusaha,

 

“Di kala saya rasa ingin mengalah, namun saya tetap teguh, saya hanya membayangkan wajah emak dan ayah, mengingatkan wajah mereka, segala penat lelah tiada makna pada saya.

SXMWVAY~