???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Enam tahun sambung Phd, doktor haiwan ini dekati serangga eksotik demi ketenangan

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Saleha Haron

SERDANG, 26 NovMinat yang mendalam terhadap haiwan eksotik mengubah hidup seorang veterinar untuk menyambung pengajiannya ke peringkat doktor falsafah (PhD) bagi melindungi haiwan eksotik yang menjadi haiwan peliharaan dengan mengikut piawaian kebajikan haiwan.

Perjalanan pengajian PhD. beliau selama enam tahun ini telah mendekatkan Dr. Goh Soon Heng, kepada haiwan eksotik kerana isterinya telah didiagnosis dengan penyakit kemurungan major semasa dalam pengajian PhD. beliau.

Pada penghujung perjalanan pengajian PhD isterinya sedang melakukan rawatan pandemik Covid-19 dan bapa mertua pula menghidapi penyakit kencing manis kronik dan beliau terpaksa menangguhkan pengajiannya demi menjaga dua insan dalam keluarganya.

"Keadaan menjadi lebih teruk apabila isteri yang sedang sakit diberhentikan kerja dan doktor mengesyorkan agar diberikan sesuatu yang akan melahirkan rasa gembira dan memberikan suatu semangat untuk terus melawan penyakit bagi memperoleh semangat demi meneruskan hidup.

"Saya mula mengorak langkah sendiri untuk mencari jalan meneruskan rawatan di rumah dengan mula membela haiwan eksotik.”

"Saya mula mencari haiwan eksotik yang tidak diingini untuk dibela di platform jual beli barang seperti Carousell. Kebanyakkan haiwan eksotik berada dalam keadaan kurang sihat kerana orang yang membelanya kurang ilmu pengetahuan.”

Goh Soon Heng dan isteri mengubati haiwan-haiwan eksotik yang dipelihara dengan ilmu veterinar yang ada sebagai doktor dalam bidang ini.

Tambahnya, tujuan utama membela haiwan eksotik ini bagi membantu terapi isteri yang mengalami kemurungan major. 

"Namun saya juga telah mendapatkan ketenangan semasa menyiapkan PhD pada tempoh-tempoh yang kritikal. 

"Minat kepada haiwan eksotik semakin menonjol apabila isteri turut mempunyai minat yang sama sejak sekian lamanya dan menyokong minatnya.

Kini isteri beliau telah sembuh sepenuhnya dan beliau berjaya menamatkan Phd di Universiti Putra Malaysia (UPM).  Pasangan ini kini berusaha membantu meningkatkan tahap penjagaan haiwan eksotik dengan memberi kesedaran kepada masyarakat menggunakan platform media sosial.

"Kami berharap dengan adanya inisiatif ini kebajikan haiwan eksotik di negara ini setaraf pembelaanya dengan negara-negara maju," ujarnya.

SXKSQAt~