???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Dunia sepi, Tetap melakar Kejayaan

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

“Walaupun saya mempunyai kekurangan pendengaran, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya dengan cemerlang,” ujarnya.

 

Graduan Bacelor Sains Perniagaantani, Muhammad Hakimi Zamri, 23, yang berasal dari Johor baginya walaupun dikategori sebagai OKU masalah pendengaran, itu bukan penghalang untuk berjaya.

 

Hakimi juga menempuhi pelbagai cabaran semasa sesi pengajiannya dan masalah utama yang dihadapi adalah dari segi komunikasi.

 

“Kekurangan ini memberikan masalah kepada saya untuk memahami pelajaran dan terutama menguasai bahasa Inggeris,

 

“Jadi, kefahaman dalam pelajaran serta maklumat yang disampaikan oleh pensyarah tidak jelas dan teratur.

 

“Saya juga ada masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris yang tidak begitu cemerlang dan  komunikasi satu hala makin bertambah parah,” katanya.

 

Menurut beliau, dia sedar bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi adalah sangat terhad. Jadi, sebutan bagi setiap perkataan menyukarkan beliau memahami apa yang pensyarah sampaikan.

 

Dengan cabaran yang dihadapi olehnya, beliau telah menemui cara untuk proses pembelajarannya.

 

Sokongan daripada rakan-rakan dan pensyarah menjadi faktor utama dalam kejayaan beliau hari ini, selain ibu dan ayah yang tidak berhenti membantu beliau.

 

“Ibu dan ayah saya juga cari jalan penyelesaian dengan menyediakan alat bantuan pendengaran untuk proses pembelajaran saya,” katanya.

 

Kini, beliau juga menguasai kemahiran membaca gerak bibir dalam percakapan telah melanjutkan pengajiannya dalam Sarjana Sains Perniagaantani di UPM demi mengejar cita-citanya sebagai tenaga pengajar.

SXMWVA~