???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Dua kali gugur ketika PhD, ibu 5 anak tekad tamatkan pengajian dengan cemerlang

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

 

 

SERDANG, 27 Nov – Diuji dengan keguguran sebanyak dua kali dan perlu berpantang tanpa bayi semasa menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) sudah pastinya meruntun jiwa graduan PhD, Dr. Miharaini Md Ghani, 40.

 

Bagaimanapun peristiwa itu tidak mematahkan perasaan dan menghalang impiannya untuk bergelar seorang doktor falsafah seperti yang diangankan sejak zaman persekolahan lagi.

 

“Sebagai seorang ibu, anak dan pelajar saya perlu menunjukkan contoh yang terbaik buat anak-anak saya dan peristiwa keguguran itu menjadi penguat semangat saya untuk terus mencapai impian saya selama ini.

 

“Saya percaya bahawa ilmu pengetahuan adalah satu-satunya harta yang boleh kita kongsi tanpa mengurangkan nilainya. Saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain, terutamanya wanita, agar sentiasa berani dan berusaha untuk mencapainya,” katanya.

 

 

Sepanjang pengajian PhD, ibu kepada lima orang anak ini juga sanggup menempuh perjalanan kira-kira 100 kilometer (KM) ke UPM, berulang-alik dari rumahnya di Shah Alam ke kampus.

 

“Perjalanan jauh itu bukan sekadar menguji fizikal, tetapi juga ujian kekuatan mental dan ketabahan buat diri demi cita-cita meraih PhD untuk masa depan yang lebih baik serta hadiah untuk keluarga tercinta.

 

“Selain daripada menjadi pelajar PhD, saya juga terlibat aktif dalam konferens, penerbitan, pertandingan inovasi peringkat kebangsaan, menjadi juri pertandingan dan penilai untuk konferens termasuklah jurnal,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen UPM sidang 2 sesi 3 di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

 

Bagai pelangi muncul selepas hujan. Pada tahun akhir pengajiannya, beliau dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diibaratkan sebagai penyeri hidupnya selain mendorongnya untuk melengkapkan PhD dalam Komunikasi Massa dengan keputusan cemerlang.-UPM

SXKSQAL~