???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

DUA ATLET SUKMA SAMBUNG IJAZAH DI UPM

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

SERDANG, 5 Oktober - Dua orang atlet SUKMA memilih untuk ikuti pengajian Bachelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) demi masa depan.

 

Atlet Olahraga, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal, 20, dan Muhammad Fakrul Afizul Nazir, 20, memilih bidang pengajian ini untuk mendalami ilmu Sains Sukan yang lebih dekat dengan diri mereka sebagai atlet.

 

Nur Afrina Batrisyia ataupun gelarannya ‘Ratu Pecut’ merupakan pemenang pingat emas 200m di SUKMA Sarawak 2024 dan memilih UPM sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pengajian beliau.

 

 

Beliau sangat gembira dapat melanjutkan pengajian di universiti pilihan pertamanya dan teruja untuk mengikuti kuliah pertama yang akan bermula minggu depan.

 

“Melanjutkan pengajian ke menara gading adalah impian dan penting untuk menggapai ilmu kerana sebagai atlet ini boleh membantu saya dalam pemilihan kerjaya pada masa yang akan datang.

 

“Cabaran buat saya ialah untuk mengimbangkan masa latihan dan pelajaran sepanjang berada di dalam universiti kerana bukan mudah untuk mengekalkan prestasi sukan serta akademik dalam masa yang sama,” katanya

 

 

Muhammad Fakhrul Afizul merupakan pemegang rekod  SUKMA Sarawak 2024 dalam acara 400m lari berpagar turut memecah rekod kebangsaan berkongsi rasa bersyukur dapat melanjutkan pengajian di UPM dan akan melakukannya dengan sebaik mungkin.

 

Mereka berdua turut berharap agar atlet-atlet muda meneruskan berusaha dan tidak mengabaikan pelajaran serta menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk memperkukuhkan ilmu dan reputasi seiring dengan keperluan masa kini.

Sementara itu, kali ini seramai 80 orang atlet dalam pelbagai acara sukan mendaftar sebagai pelajar baharu di UPM bagi kemasukan 2024/2025.

SXMWJAy~