???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Dari tapak penggambaran ke pentas konvokesyen, Dr Hairul tidak pernah putus asa

Oleh Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

 

SERDANG, 2 Disember - Siapa kata ahli seni tidak boleh memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains?

 

Pelakon dan peragawan Ts. Dr. Mohd Hairul Mohd Salleh, 41, menzahirkan rasa syukur dan gembira yang tidak terkira apabila beliau berjaya memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam kajiannya genetik tuntung sungai.

 

“Selepas segala-galanya yang saya hadapi, alhamdulillah, dengan izin Allah saya akhirnya dapat pegang ijazah PhD,” katanya ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-48 hari ini.

 

Beliau yang pernah berlakon dalam siri drama televisyen ‘Melur untuk Firdaus’ berkata keputusannya untuk menceburi bidang sains terutamanya dalam genetik tuntung sungai adalah kerana keinginannya untuk menjadi “hero” kepada spesies tuntung sungai yang di ambang kepupusan.

 

Dr. Hairul yang kini tinggal di Lenggeng, Negeri Sembilan meluahkan bahawa perjalanan untuk mendapat gelaran ‘Dr’ ini bukanlah senang.

 

“Banyak cabaran yang dihadapi sepanjang perjalanan mendapatkan gelaran ‘Dr.’ ini. Antara cabaran mencari penyelia untuk tajuk tesis saya. Dalam masa yang sama, saya juga mengajar, berlakon, dan modeling demi menyara hidup.”

 

 

Halangan lain, tambah Dr Hairul, ialah diagnosis Tuberculosis (TB) dan kesan sampingannya yang dapat dirasai sampai ke hari ini.

 

“Saya berasa agak sedih ketika itu kerana saya perlu menghadapi semua cabaran tersebut, tetapi saya berkeras untuk habiskan PhD saya,” kenang beliau.

 

Namun, semangat perjuangan bakal pakar tuntung ini tidak terpadam begitu sahaja. Dr Hairul menyatakan bahawa sikapnya yang tabah dan degil, sokongan daripada ibu, dan keinginan untuk membalas jasa penyelianya, Dr. Yuzine Esa,  menjadi pendorong utama beliau tekad menghabiskan tesisnya.

 

“Perjalanan mencari ilmu ini bukanlah benda yang senang. Apabila kita hadapi masalah, jangan putus asa, berusahalah mencari jalan penyelesaian kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan.”

SXMWKAf~