???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Dari Sarjana ke PhD: Perjalanan Gita Addelia di UPM dalam Bidang Sains Makanan

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

“Berkeluarga dan mempunyai anak bukanlah halangan, tetapi satu peluang untuk kita menjadi contoh terbaik kepada generasi muda. Ambil peluang ini dan jadilah wanita yang berdaya saing dan berwawasan,” ujar Gita Addelia Nevara, 36, seorang ibu, isteri, dan graduan Doktor Falsafah (PhD) Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Sebelum ini, Gita merupakan graduan Sarjana Sains Makanan UPM, turut memilih UPM kerana universiti ini terkenal dengan program akademik dan penyelidikan berkualiti tinggi, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi makanan.

 

Perjalanan akademik Gita di Malaysia bukanlah mudah, kerana beliau turut memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. Walaupun terpaksa meninggalkan keluarga, Gita mendapat sokongan penuh daripada suami dan keluarga untuk meneruskan pengajian.

 

"Saya belajar untuk menetapkan keutamaan dengan bijak, memastikan segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan seimbang. Saya amat bersyukur atas sokongan suami yang memberi kemudahan kepada saya untuk menamatkan pengajian, serta menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan saya," ujarnya.

 

 

Gita, yang berasal dari Indonesia, percaya bahawa pendidikan adalah kunci perubahan bukan hanya untuk individu, tetapi juga untuk keluarga dan masyarakat. Menurut beliau, tujuan melanjutkan PhD dalam bidang Sains Makanan adalah kerana makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia yang sangat rapat dengan kesejahteraan masyarakat.

 

"Memahami sains di sebalik makanan dapat membantu masyarakat dalam membangunkan pengetahuan mengenai pemakanan yang sihat," katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen UPM Ke-48 Sidang 2 hari ini.

 

Kini, Gita telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pemakanan di Universitas Mohammad Natsir Bukittinggi. Pencapaian dan minatnya dalam bidang Sains Makanan, serta kepakaran yang diperolehnya dari UPM, menjadikannya contoh cemerlang dalam dunia akademik dan industri pemakanan.

SXMWKAo~