???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Cemerlang akademik harus seiring kokurikulum ?€¡° Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UPM

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 

SERDANG, 25 Nov – Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 menjadi idaman semua mahasiswa, namun kemampuan mahasiswa mengimbangi kecemerlangan akademik dan kokurikulum memberikan nilai tambah pada setiap graduan. 

Menurut penerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Putra Malaysia (UPM) Nor Izwan Hakimi Nor Azmi, 23 dan Ong Jia Xin, 23, masing-masing bersetuju setiap mahasiswa perlu cemerlang dalam akademik dan kokurikulum agar mampu menjadi graduan yang berdaya saing. 

Izwan yang merupakan graduan Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian berkata aktif dalam aktiviti kokurikulum membantunya dalam membina kemahiran diri yang baik  untuk memenuhi keperluan industri. 

“Peluang untuk aktif berpersatuan dan menyertai aktiviti kokurikulum perlu dimanfaatkan oleh setiap mahasiswa tanpa meninggalkan akademik. Setiap pelajar ada jadual dan cara pembelajaran tersendiri dan sudah semestinya ada masa lapang buat mahasiswa untuk berkokurikulum,” katanya. 

Beliau yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains (FaSSA) UPM akan sentiasa mengulang kaji pelajaran terlebih dahulu sebelum menghadiri kuliah.

“Saya juga sentiasa aktif di dalam kelas untuk bertanya pensyarah sekiranya kurang faham pada sesuatu perkara. Saya juga akan terus berjumpa dengan pensyarah selepas kelas untuk menambah lebih kefahaman,” katanya.  

Sementara itu, Ong Jia Xin, graduan Bacelor Sains Biologi Sel Dan Molekul Dengan Kepujian berkata penglibatannya dalam aktiviti berpersatuan membolehkannya untuk melakukan pelbagai aktiviti baharu serta membentuk personaliti dan komunikasi yang baik.

“Sebelum ini saya merupakan seorang yang sangat pemalu namun setelah menyertai aktiviti berpersatuan membantu saya untuk menguruskan masa dan membentuk diri menjadi seorang yang berani untuk berucap di khalayak ramai.

“Selain menyertai banyak aktiviti di UPM, saya juga giat dalam Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) cawangan Ulu Yam Baru yang banyak mengajar saya pengurusan diri dan kepimpinan,” katanya. -UPM 

SXMWKAv~