???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Bulan Pendidik UPM 2024, platform pendidik kongsi pengalaman pengajaran pendidikan lestari

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

SERDANG, 4 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) telah menganjurkan Sambutan Bulan Pendidik 2024 sebagai platform pendidik kongsi pengalaman pengajaran pendidikan lestari sejajar dengan keperluan masa kini.

 

 

 

Program bertemakan “Pendidik Unggul Pemangkin Masa Depan Lestari” adalah inisiatif universiti dalam mengukuhkan integriti pendidikan dalam ekosistem pendidikan tinggi.

 

 

 

Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, pendidik bukan sahaja memerlukan tahap keilmuan tinggi tetapi perlu memainkan peranan sebagai agen yang boleh menghasilkan generasi yang berdaya tahan dan cemerlang.

 

 

 

“Pendidik juga perlu membentuk pemikiran dan nilai bertanggungjawab kepada pelajar supaya menjadi pemimpin yang bernilai-murni dan mempunyai akhlak yang baik di masa hadapan bagi membentuk masyarakat madani,” katanya.

 

 

 

Selain itu, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan turut melancarkan Buku Competency-based Research UPM dan CADE-Lead Café Series.

 

 

 

Dalam pada itu, Bulan Pendidik UPM diadakan setiap tahun pada bulan Oktober bagi memperlihatkan kejayaan dalam bidang pendidikan serta membincangkan pengubahsuaian kurikulum untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan.

 

 

 

Turut hadir, Pengarah CADE-Lead, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis Saad, Presiden Persatuan Pegawai Akademik (PPA) UPM, Prof. Dr. Jalila Abu, ahli jawatankuasa pengurusan universiti, pegawai-pegawai utama universiti dan pegawai-pegawai akademik.Majlis Perasmian Bulan Pendidik UPM 2024 dedikasi kepada pegawai akademik.

SXKSQAn~