???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Blueprint Keterjaminan Makanan UPM Jadi Rujukan Universiti Asia Pasifik

Oleh: Helena Pieary Anak Juman

 

 

SERDANG, 19 Disember – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh agenda keterjaminan makanan melalui pelan tindakan strategik Blueprint Keterjaminan Makanan yang kini dijadikan rujukan utama dalam menangani isu global di peringkat universiti dan komuniti Asia Pasifik.

 

Pelan tindakan ini telah dibentangkan dalam Sidang Kemuncak Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) Ke-5 2024 yang berlangsung di Chongqing, China baru-baru ini.

 

Sidang kemuncak tersebut menekankan peranan universiti dalam memperbaiki kualiti hidup masyarakat melalui kerjasama strategik dan sumbangan komuniti yang mampu memberikan impak tinggi secara berterusan.

 

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, dalam ucaptama beliau bertajuk Security Agenda: Humanising Technology for Community Empowerment, mengetengahkan pendekatan inovatif dalam membangunkan Blueprint Keterjaminan Makanan.

 

“Blueprint ini dirancang untuk menjadi panduan bagi para graduan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pendekatan mampan terhadap isu keterjaminan makanan,” katanya.

 

 

 

Beliau menegaskan bahawa keterjaminan makanan amat penting bagi memastikan bekalan makanan mencukupi, berkualiti, dan berkhasiat untuk memenuhi keperluan diet masyarakat yang aktif dan sihat.

 

Menurut beliau lagi, universiti perlu memainkan peranan penting dalam menangani cabaran keterjaminan makanan melalui pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan strategi mampan. Usaha ini bukan sahaja menyokong agenda nasional tetapi turut memberikan impak signifikan di peringkat serantau.

 

 

Dengan penekanan pada inovasi dan penglibatan komuniti, Blueprint Keterjaminan Makanan UPM diiktiraf sebagai model yang boleh dicontohi oleh universiti di seluruh rantau Asia Pasifik dalam menghadapi cabaran global berkaitan keterjaminan makanan.

SXMWUA~