???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Bidang Kejuruteraan Pertanian Jadi Pilihan Kerjaya Graduan UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

Foto Oleh: Noor Azreen Awang



SERDANG, 24 Nov- Seperti kebanyakan negara, kemiskinan turut memberi kesan buruk kepada pemilihan makanan. Bagi graduan Kejuruteraan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan ini memilih bidang kejuruteraan pertanian untuk mengubah sektor ini dan isu keterjaminan makanan negara agar makanan sihat dapat dibekalkan secukupnya.

Bagi Pemenang Hadiah Universiti Pingat Putra Agribio 2022/2023, Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke- 47, Muhammad Maleq Isqandar Nor Jalal berkata, disebabkan isu keterjaminan makanan negara, ianya telah menarik minat dan memotivasikan beliau untuk memilih bidang ini walaupun mengetahui bahawa bidang pertanian tidak diminati oleh golongan muda di luar sana. 

“Pertanian itu bukan hanya mengfokuskan kepada bercucuk tanam, malahan skop kerjanya amat meluas lagi-lagi pada era teknologi sekarang ini. Bidang kejuruteraan pertanian adalah sebuah bidang yang sangat meluas di Malaysia sebagai petani moden.

“Tanah untuk bercucuk tanam dan menternak haiwan bukanlah isu utama terhadap masalah jaminan bekalan makanan di negara ini. Isu yang paling kritikal adalah masih banyak petani dan penternak tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap hasil tanaman dan penternakan mereka.

“Kita ada banyak teknologi moden di Malaysia tetapi kenapa tidak digunakan oleh petani. Itulah sebabnya saya memilih kejuruteraan pertanian untuk membantu petani di kampung-kampung,” katanya.

UPM merupakan sebuah universiti yang telah membantu banyak petani di luar sana. Beliau ingin menjadi seorang insan yang berbakti semula kepada masyarakat terutamanya golongan petani.

Beliau berkata, bagi mengatasi isu jaminan bekalan makanan, tanah yang ada boleh ditanam dengan tanaman yang memberi penghasilan dalam tempoh yang pendek dengan teknologi canggih yang ada di Malaysia.

“Nasihat kepada golongan muda untuk sambung pelajaran, ilmu itu sangat luas dan bukan hanya di universiti terutamanya bidang pertanian. Bidang pertanian sebuah kerjaya yang bukan makan gaji dan kita boleh memberi kerja kepada orang lain,” ujarnya. 

 

SXMWUAM~