???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Berulang alik dari Johor ke UPM selama 9 tahun demi menggenggam PhD

Oleh: Nurul Qamarina
Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

 

 

Serdang, 29 November - Syuhada Abu Bakar mengambil masa 9 tahun demi menamatkan pengajiannya dan berjaya bergraduat pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-47. Beliau akui pelbagai cabaran yang beliau tempuhi untuk menamatkan pengajian beliau.

 

Minatnya yang tinggi dalam menuntut ilmu membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) Fizik walaupun sedang berpantang anak pertama.

 

“Saya menumpangkan anak dengan saudara saya di Seremban sebelum ke UPM,” katanya. Beliau diberikan cabaran yang hebat apabila anak keduanya menghidap penyakit jantung dan membuatkan beliau sering ke Institut Jantung Negara di Johor. Dr. Syuhada juga pernah bergegas pulang ke Johor apabila mendapat panggilan kecemasan berkenaan anaknya.

 

Tambah beliau, kejayaannya hanyalah menumpang dari rezeki anaknya. Walaupun pernah keguguran semasa pengajiannya, namun beliau telahpun dikurniakan 3 orang anak dan sedang menanti anak ke empat.

 

 

Sepanjang 9 tahun, Dr. Syuhada telah bertukar supervisor sebanyak 3 kali dan Viva sebanyak 2 kali. Namun, semangat beliau yang tidak berputus asa membuatkan beliau berjaya menghadapi segala cabaran.

 

“Andai kata saya berputus asa semasa Viva yang pertama, mungkin saya tak dapat berada di atas pentas sekarang,” katanya. Beliau bersyukur mempunyai suami dan keluarga yang sentiasa bersama beliau.

 

Keteguhan beliau diuji apabila kehilangan bapanya kerana sakit tua. Sokongan dari suami dan anak membuatkan beliau bangkit dari kesedihan walaupun kadang kala perasaan sebak tersebut tiba. Arwah ayahnya berpesan untuk tidak berhenti belajar dan mengikut jejak langkah adik beradiknya yang telah berjaya.

 

Dr. Syuhada berpesan agar tidak berputus asa dalam menuntut ilmu dan percaya  bahawa kita tidak akan diuji melebihi kemampuan sendiri.

 

SXKSQAr~