???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Berbakat, Pempengaruh dan Pelukis Komik Berjaya Genggam Segulung Ijazah Master

 

Oleh: Nisa Sahira Samsudin

Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

SERDANG, 25 November - Itulah kisah seorang graduan Master Muhammad Amil Ariff Razak yang berjaya menggenggam Ijazah Master Inovasi Rekabentuk Perindustrian pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia yang ke-47 hari ini.

Beliau yang merupakan alumni Bacelor Rekabentuk Perindustrian UPM, mula minat dalam lukisan komik seawal usia remaja.

Amil Ariff mencabar diri untuk menceburi bidang lukisan komik sejurus selepas menamatkan pengajian Bacelor dan mengambil masa setahun untuk menyiapkan karya pertamanya.

Beliau berkata bahawa karya pertamanya itu yang mendorong beliau untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat Master. Dorongan kedua ibu bapa serta penyelia sangat membantu beliau untuk memilih dan memberikan keyakinan untuk memilih haluan ini.

Beliau turut merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di dalam bidang yang sama.

SXKSQAh~