???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Bekas pekerja jadi penyelia PhD

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

 

 

 

SERDANG, 5 Disember – Suatu kisah unik, seorang pengarah yang bakal bersara bukan sahaja menjadi pelajar di universiti, tetapi juga dibimbing oleh bekas pekerjanya sendiri sehingga berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Graduan PhD Fizik Perubatan dari Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Zunaide Kayun @ Farni, 59, berkongsi pengalaman beliau yang luar biasa apabila bekas pekerjanya, Dr. Muhammad Khalis Abdul Karim menjadi penyelianya sepanjang pengajian PhD beliau.

“Dulu, Dr. Muhammad Khalis merupakan kakitangan di bawah bimbingan saya selama enam tahun di Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kini, beliau pula yang membimbing saya sepanjang lima tahun pengajian di UPM,” katanya dengan penuh rasa syukur.

 


Dr. Zunaide berkata, usia bukanlah halangan untuk menimba ilmu, malah keputusan beliau menyambung pengajian menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sekerja di KKM.

“Walaupun saya bakal bersara tahun hadapan, saya ingin membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menyumbang kepakaran kepada masyarakat. Veteran seperti saya juga mampu belajar dan berjaya,” tambahnya.


Menceritakan cabaran sepanjang pengajian, beliau mengakui bahawa peralihan dari seorang pengarah kepada pelajar bukanlah mudah.

 

“Dulu saya ketua, tetapi kini saya belajar menerima teguran daripada penyelia saya, walaupun beliau lebih muda. Saya menghormati Dr. Muhammad Khalis kerana dia yang memberi ilmu dan bimbingan kepada saya,” katanya.

Beliau yang sudah berkhidmat selama 35 tahun di Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan berkongsi pesanan agar generasi muda dan tua terus bersemangat dalam mencari ilmu.

“Teruskanlah mencari ilmu walaupun kita sudah berumur. Hormatilah mereka yang memberi tunjuk ajar kepada kita, tidak kira usia mereka,” ujar beliau ditemui selepas Majlis Konvokesyen UPM Ke-48 Sidang 2 hari ini.

SXMWVA~