???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Bangkit setelah bercerai, ibu muda berjaya peroleh ijazah

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Sabri Omar
 
 
SERDANG, 26 November - Bangkit demi meningkatkan diri itulah motivasi seorang ibu tunggal yang berjaya mengenggam segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 walaupun sibuk menguruskan dua orang anak seorang diri ketika menyambung pelajaran.
 
Hariyati Kamaruddin, 37, berkata, belajar sambil membesarkan anak seorang diri mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditempuh kerana tanggungjawab sebagai ibu dan juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
 
“Rasa sangat sedih pada awalnya kerana ikatan perkahwinan yang dibina putus, namun saya redha dengan takdir kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya. Saya bersyukur selepas sahaja bercerai dapat kejar impian untuk sambung belajar semula.
 
“Cita-cita untuk memiliki segulung ijazah ini dari dahulu lagi impian saya, namun ianya tergendala kerana saya berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Namun pada tahun 2016 saya bercerai dan nekad untuk bangkit dari kesedihan dengan menyambung ijazah dalam bidang komunikasi pada tahun 2017.
 
“Perjalanan semasa menyambung ijazah ini sangat dipermudahkan kerana pada tahun 2018 mendapat kelulusan belajar sepenuh masa dengan bergaji penuh serta diberikan biasiswa JPA,” katanya.
 
Beliau yang berkhidmat sebagai setiausaha pejabat di Unit Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri ini turut menasihatkan kepada semua ibu tunggal di luar sana untuk tidak sesekali mengalah dan menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk berjaya suatu hari nanti.
“Ibu tunggal harus bela nasib mereka sendiri, siapa lagi nak bantu kalau bukan kita,” katanya.
 
Pada tahun ketiga beliau telah bertemu jodoh dan dikurniakan seorang anak dalam perkahwinan yang baharu ini.- UPM

SXMWVAs~