???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Bakat dan Pengajian Jalan Seiring, Darien


Bintulu, 3 November – Walaupun berada dalam jurusan Kejuruteraan Teknologi Pertanian di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Darien Sebastian Jit Singh, 21, tidak pernah melupakan cinta pertamanya – muzik.

 

Beliau mula minat dengan muzik sejak berusia 13 tahun, Darien telah mengorak langkah sebagai komposer muda turut bercita-cita untuk memiliki syarikat rakaman sendiri suatu hari nanti.

 

“Muzik adalah bakat yang ada dalam diri saya, jadi saya rasa tidak rugi untuk meneruskannya. Meskipun bidang akademik saya tidak selari dengan minat, saya tetap berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kedua-dua bidang ini,” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke 48 di Kampus Bintulu hari ini.

 

Beliau percaya bahawa pengalamannya dalam bidang kejuruteraan pertanian membuka peluang baginya untuk memperluaskan kemahiran dan wawasan, walaupun tidak berkaitan langsung dengan muzik.

 

"Tidak salah mencuba sesuatu yang baharu. Walaupun minat saya adalah muzik, ilmu dalam bidang kejuruteraan ini juga sangat berharga untuk masa depan,” tambahnya.

 

Beliau telah mencipta karya bersama artis terkenal seperti Firdaus Rahmat dan kumpulan Naki, berkongsi bahawa setiap pencapaian dalam muzik bukan sahaja membanggakan dirinya tetapi juga keluarga, dan ia memberi inspirasi untuk terus berkarya.

 

 

Mengakui cabaran dunia moden, Darien memahami kepentingan untuk mengimbangi minat dan kerjaya.

 

“Ramai yang kini bekerja dalam dua bidang serentak. Yang penting, niat perlu tulus jika ingin berjaya dan meraih kesenangan dalam kehidupan,” jelasnya.

 

Beliau yang berasal dari Sarawak, ingin melihat muzik sebagai platform untuk mengejar impian, sambil kekal dalam bidang kejuruteraan untuk masa depan yang stabil.

 

Dengan minat dan dedikasinya, beliau berhasrat untuk menjadi contoh bagaimana bakat seni dan ilmu teknologi dapat berkembang seiring.

SXMWKA~