Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim
Azreen Nabila Alias, 24, graduan Bacelor Komunikasi dengan Kepujian juga atlet negara berasal dari Terengganu.
Berkat usahanya membawa kejayaan padanya dengan menggenggam segulung ijazah walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa sesi pengajian dan bidang komunikasi.
“Saya mengalami masalah dalam pembahagian masa kerana kadang kala waktu sesi latihan jatuh pada hari peperiksaan atau waktu penghantaran tugasan.
Beliau juga berterima kasih kepada pensyarahnya yang banyak membantu dalam hal akademik supaya dirinya tidak ketinggalan atau leka dalam pelajaran.
“Pada pandangan saya melanjutkan pelajaran boleh berjaya dalam bidang sukan dan perlu seiring demi masa depan yang cerah.
“Dengan ilmu yang sedia ada juga membentuk kemahiran insaniah dan tanpanya kita mungkin tidak akan ada hala tuju di masa hadapan.
“Bukti ini saya berjaya meraih pingat emas dalam acara 100 meter wanita di Sukan Universiti Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024,” katanya.
Beliau juga pernah memenangi pingat gangsa dalam acara 4x100 meter kuartet wanita di Hangzhou Asian Games 2022.
Kini, Azreen dalam program latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai seorang atlet dan beliau juga menyatakan bahawa jika rezekinya tidak berpanjangan, beliau tetap memilih bidang yang melibatkan elemen sukan dalam kerjayanya.