???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Aroma brownies jadi sahabat baik Dr. Hana raih PhD

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

 

 

SERDANG, 28 Nov - Demi memenuhi impian dan cita-cita untuk bergelar sebagai seorang Doktor Falsafah, ramai yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan sampingan demi menampung yuran pengajian.

 

Usaha itu turut dilakukan graduan PhD Mikrobiologi Perubatan, Dr. Nurul Hana Zainal Baharin, 32, membakar brownies setiap hari untuk mendapatkan pendapatan harian sepanjang menjadi pelajar PhD sepenuh masa.

 

“Aroma dari brownies menjadi peneman saya untuk membaca journal, menyiapkan kertas kajian serta disertasi. Kebiasaannya saya akan mula masuk dapur pada pukul 8 malam setelah pulang menjadi guru kelas tambahan sekolah rendah dan menengah.

 

“Ada kalanya saya membakar brownies sehingga pukul 3 pagi terutamanya apabila mendapat tempahan yang banyak kerana ketuhar saya tidak besar selain dulang hanya ada lima dan pernah juga tidak tidur demi menyiapkan tempahan pelanggan,” katanya.

 

Sepanjang empat tahun setengah perjalanan PhD, Dr. Hana telah menjual lebih 3,000 unit brownies dengan pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM2,000 sebulan. Beliau memanfaatkan sepenuhnya perniagaan secara dalam talian menerusi aplikasi media sosialnya.

 

 

Selain menjadi seorang penjual brownies, anak kelahiran Kluang ini turut melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuklah mengambil upah semakan pruf, perniagaan penghantaran hadiah secara mengejut dan guru kelas tambahan bagi murid-murid sekolah.

 

“Selain itu, saya juga menjadi seorang pensyarah sambilan untuk pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) di Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

 

“Saya sentiasa membuat senarai perkara yang harus dilakukan setiap kali sebelum tidur termasuk menyediakan jadual aktiviti harian dari pagi sehingga malam bagi memastikan saya mempunyai pengurusan masa yang baik. Saya juga sentiasa bersedia dengan plan A dan plan B,” katanya.

 

Sungguhpun sudah berjaya meraih PhD pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-47 hari ini, beliau tetap akan meneruskan perniagaan brownies.-UPM 

SXMWVA~