???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

ANAK PENGUAT SEMANGAT UNTUK NOOR FAIZAH TAMATKAN MASTER

Oleh: Nurul Qamarina
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

 

 

Serdang, 28 November - Ibu kepada tiga orang anak, Noor Faizah Ibrahim berjaya menamatkan pengajiannya dalam Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-47 hari ini.

 

Anak-anaknya yang masih kecil seakan memahami kesibukannya sebagai seorang ibu, pelajar dan juga pekerja menguatkan lagi tekad beliau ingin melengkapkan pengajiannya. Perasaan untuk berputus asa hilang apabila melihat anak sulungnya yang masih kecil memegang tanggungjawab yang besar.

 

“Saya perlu sihat untuk keluarga saya,” katanya. Suaminya yang merupakan seorang tentera membuatkan beliau perlu sentiasa bersama keluarga. Sewaktu tahun pertama pengajiannya juga, suaminya turut memberi sokongan.

 

Noor Faizah memutuskan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Master kerana anak ketiganya merupakan OKU Sindrom Down. Keadaan ini membuatkan beliau berjumpa dengan ramai ibu bapa dan mengambil masa yang lama untuk menerima ketentuan ini. 

 

“Saya berharap dengan ilmu ini saya dapat membantu ramai ibu bapa yang senasib dengan saya,” katanya. Pengalaman sedih beliau adalah apabila mengalami keguguran semasa menjalani praktikal kerana Covid-19.

 

Selepas sahaja tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berulang alik untuk ke kelas fizikal kerana pekerjaannya tidak melayakkan beliau untuk memohon cuti belajar. Habis sahaja waktu bekerja, beliau akan mengambil anaknya di pengasuh dan hantar ke rumah sebelum bergerak ke UPM.

 

Beliau menasihati para ibu untuk meneruskan cita-cita walaupun sudah berkeluarga dan tidak berhenti untuk menambah nilai kepada diri sendiri agar menjadi contoh kepada anak-anak.

SXKSUA~