???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Abang Korban Konflik Israel-Palestin, Asmaa sedih peroleh PhD tanpa keluarga

 

SERDANG, 25 Nov- Kejayaan memperoleh doktor falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke- 47 tidak dapat dikongsikan kepada keluarga di semenanjung Gaza, Palestin disebabkan konflik yang melanda negaranya ketika ini.

 

Walaupun sedih kerana tidak dapat meraikan kejayaannya bersama keluarga yang tercinta yang sedang berjuang di Palestin. Namun graduan Fakulti Bioteknologi dan Biomolekul, UPM, Asmaa Y I Abuhamad, 28, tetap meraih kejayaan ini berkat doa keluarga yang jauh di Palestin.

 

Asmaa berkata, beliau adalah insan pertama di dalam keluarganya merantau keluar daripada negaranya menyambung pengajian di luar negara kerana kemudahan universiti di Palestin tidak lengkap dan kurang sesuai bagi bidangnya yang perlu melakukan penyelidikan di makmal.

 

"Pelbagai ujian terpaksa ditempuh untuk menyambung PhD di UPM, iaitu visa pelajar antarabangsa telah tamat tempoh semasa tiba di Malaysia. Namun, berkat doa keluarga akhirnya visa pelajar antarabangsa saya diluluskan untuk menyambung PhD di UPM. Alhamdulillah, saya boleh memperbaharui visa pelajar antarabangsa di sini dan tidak perlu pulang ke Palestin.

 

"Walaubagaimanapun COVID-19 melanda. PhD saya terpaksa ditangguh kerana perintah kawalan pergerakan ketika itu. Saya berasa sedih akan pengajian PhD ketika itu dan berita kematian abang di Palestin disebabkan konflik Palestin- Israel di semenanjung Gaza.

 

“Pada masa ini keluarga saya terus berdepan dengan letupan besar. Abang telah terkorban  meninggalkan tiga orang anak disebabkan serangan Israel. Saya sangat sedih dengan berita ini, dan ingin pulang ke sana berjuang bersama-sama keluarga menentang Israel.

 

Bukan itu sahaja, keluarga di Palestin terpaksa meninggalkan rumah kerana musnah akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel sepenuhnya yang menyebabkan tiada sumber makanan, air dan elektrik. Itulah semangat perjuangan beliau untuk memperoleh PhD.

 

Inspirasi beliau hari ini semuanya daripada keluarga di semenanjung Gaza terutama ibu yang cekal dan kental memperjuangkan kedaulatan negara dan agama. Malah, ibu juga tidak takut akan kematian walhal mereka hampir kehilangan segala-galanya.

 

Beliau mengharapkan suatu hari nanti bumi Palestin akan bersinar kembali dan bebas tanpa tembok sempadan yang memisahkan mereka dengan dunia ini.

 

“Buat masa ini, saya terpaksa menangguhkan dahulu hasrat untuk kembali berbakti di Palestin dan akan mencari kerja di Malaysia. Harapan saya semoga dapat bertemu semula dengan keluarga suatu hari nanti," katanya.

 

“Terima kasih kepada ahli keluarga yang jauh di Palestin dan rakan-rakan di Malaysia yang banyak membantu memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan Phd ini,” ujarnya.

 

SXKSQAr~