???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

Abang cookies, berazam terbang tinggi dalam bidang Aeroangkasa.

 

SERDANG,5 Oct- Walaupun membesar dalam keluarga yang berlatar belakangkan dunia perniagaan, Ia bukan hambatan bagi Asnor (23) anak kelahiran di bawah bayu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Aeroangkasa.

 

Gigih untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan dirinya, Asnor yang merupakan usahawan muda dalam peniagaan cookies bertekad menyambung pengajian dalam bidang Aeroangkasa di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

“Saya sememangnya minat dan bercita-cita untuk membuka peniagaan sendiri pada masa hadapan untuk meneruskan legasi keluarga yang memang berlatar belakangkan dunia peniagaan

 

Asnor (23), akan mendaftar bagi kemasukkan pelajar baharu sesi 2024/2025 di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, beliau sudah membuat persiapan dan bersedia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Aeroangkasa

 

Dengan mengambil kira cabaran dunia yang semakin kompetitif khususnya bagi generasi muda pada masa kini, melanjutkan pengajian bukan sahaja membuka peluang pekerjaan yang lebih baik, malah alternatif untuk merangkul ilmu baharu.

 

“Meskipun, saya berminat dalam dunia peniagaan tetapi mencuba suatu ilmu yang baharu bukan satu kesalahan kerana dengan ilmu yang ada akan membentuk nilai serta kualiti dalam diri kita,” katanya.

 

“Persaingan dalam alam pekerjaan juga, turut menjadi dorongan saya melanjutkan pengajian di peringkat Bacelor,”

 

Sebaik tamat pengajian Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa dengan (kepujian), UPM, Serdang, beliau berhasrat untuk memasuki Turkish Aerospace, menerusi pengalaman tersebut beliau turut ingin mengembangkan lebih lagi peniagaan yang diceburinya.

 

“Sukar pada saya untuk memilih salah satu daripada kerjaya yang diminati, kerana saya amat meminati kedua-dua bidang tersebut, tetapi tiada yang mustahil, kerana saya yakin saya mampu merangkul kedua-dua bintang tersebut meskipun tinggi di langit angkasa,” katanya.

 

Usahawan muda ini juga berkata, dorongan serta sokongan nasihat daripada kedua orang tuanya antara pemangkin beliau melanjutkan pengajian.

 

“Titipan sebelum berangkat menaiki pesawat, jangan tinggal solat, Inshaallah berjaya. Antara pesanan yang saya sematkan, sebagai anak perantauan yang keluar mencari ilmu,” katanya

 

“Kepada pelajar borneo yang lain jangan pernah jemu menuntut ilmu kerana ilmu adalah akar umbi kepada kejayaan,” serunya ketika ditemu bual.

SXKSVAh~