???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

3,345 pelajar baharu UPM lafaz ikrar di hadapan Naib Canselor

Oleh: Sharifah Hannah Adibah Wan Serail
Jurufoto: Noor Azreen Awang

SERDANG, 4 Okt – Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, mendengar lafaz ikrar 3,345 pelajar baharu peringkat bacelor yang mendaftar di UPM bagi sesi akademik 2023/2024 sempena Majlis Bersama Naib Canselor dan Ikrar Pelajar Baharu di Dewan Besar, UPM, Serdang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, UPM banyak membangunkan pelbagai modul bagi pembangunan profesionalisme pelajar, khususnya dalam membina watak dan keterampilan pelajar bagi melahirkan mahasiswa yang holistik.

“Pelajar baharu UPM harus menggunakan peluang semasa pengajian dengan meraih ilmu dan kemahiran semaksimum mungkin bagi meningkatkan potensi diri, daya fikir, bakat dan pengalaman yang tidak terbatas dalam disiplin akademik semata-mata.

“Selaku duta UPM, tahap profesionalisme dan sahsiah yang para pelajar tunjukkan akan menggambarkan kualiti program pengajian, budaya dan jenama UPM secara keseluruhannya, dan usaha ini amat penting demi mempertingkatkan legasi kecemerlangan yang telah dirakam dalam motto UPM, iaitu Berilmu Berbakti,” katanya.

Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah turut menyeru semua warga UPM untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh semangat dan dedikasi melalui penghayatan motto UPM serta konsep VUCA sebagai pegangan untuk terus berkembang dalam pelbagai aspek. 

Pada majlis ini, UPM melancarkan Aplikasi Mobile Smart Putra@Access, iaitu pendigitalan aplikasi pintar yang dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) untuk membantu Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC) mengawal proses keluar masuk pelajar ke kolej kediaman, berasaskan persekitaran telefon pintar yang dilengkapi dengan sistem kawalan pengenalan identiti UPM ID, berkonsepkan Any Where, Any Time and Any Device.

Selain itu, turut berlangsung Majlis Pelancaran Kit Siswi UPM, sebagai inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UPM sesi 2023/2024 untuk menangani isu kemiskinan haid dalam kalangan mahasiswi UPM. Setiap fakulti akan dibekalkan dengan bekalan kit siswi yang diletakkan di setiap tandas wanita dalam fakulti masing-masing.

Dalam pada itu, Minggu Perkasa Putra atau Minggu Haluan Siswa telah bermula pada 2 Oktober yang lalu sehingga 7 Oktober ini, dengan pelbagai pelaksanaan program yang melibatkan kolaborasi dengan beberapa agensi seperti Kementerian Perpaduan Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (Akademi SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Syarikat Telekomunikasi MAXIS, rakan industri TalentCorp, Alumni UPM dan beberapa agensi lain.

SXMWKAS~