???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

Walaupun Konvo sendiri, Aqilah tetap tabah hati

Oleh Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

 

SERDANG, 30 November - Hari Konvokesyen sepatutnya diraikan bersama keluarga tersayang, tetapi Nur Ain Aqilah Rosli, 25, terpaksa meraikannya seorang diri apabila ibu bapanya tidak boleh hadir bersama pada hari ini akibat banjir di Kelantan.

 

Aqilah yang merupakan graduan Bacelor Sains Statistik dengan Pendidikan (Kepujian), Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) meluahkan rasa sebaknya apabila ibu bapanya hanya mampu melihat beliau naik ke pentas melalui Facebook Live di media sosial UPM.

 

“Ibu saya dah lama sakit, lebih kurang 26 tahun jugalah. Tulang pahanya tidak terletak dengan betul, susah untuk dia berjalan jauh apatah lagi datang ke sini.

 

“Disebabkan musim banjir, keluarga saya risau untuk tinggalkan ibu saya seorang diri kerana pernah ada pengalaman buruk sewaktu banjir besar Kelantan pada 2014. Oleh itu, ayah terpaksa tinggal bersama ibu di sana, jika rumah naik air, ayah bolehlah tolong ibu pindah ke pusat pemindahan.”

 

Berasal dari Tumpat, Kelantan, Aqilah mendedikasikan ijazahnya kepada ibunya yang bersusah payah mencari duit untuk menampung pelajarannya.

 

 

“Walaupun ibu saya sakit, dia tetap ingin bekerja untuk menampung pengajian saya. Maka, saya ingin tunjukkan kepada ibu yang saya dapat habiskan pengajian supaya titik peluhnya tidak dibazirkan.”

 

Kerana tidak ingin menjadi beban yang berat kepada ibunya, beliau berusaha untuk bekerja sambil belajar sehingga sanggup ke Putrajaya, TTDI dan Kuala Lumpur demi mencari duit.

 

“Perasaan penat dan lemah itu memang ada, tetapi apabila saya teringat kepada ibu saya, perasaan-perasaan negatif itu semuanya hilang.”

SXMWUAh~