???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM-ZKNU KOMITED PERKUKUH KERJASAMA BIDANG REKA BENTUK ALAM SEKITAR

ZHOUKOU, 2 Ogos - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Zhoukou Normal University (ZKNU) terus komited dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar melalui pembaharuan Memorandum Perjanjian (MoA) bersama.

Usaha pembaharuan MoA bersama ZKNU itu bagi meneruskan kerjasama dalam melaksanakan Program Akademik Bacelor Rekabentuk Alam Sekitar yang melibatkan perkongsian pengetahuan yang lebih besar dalam bidang ini.

Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata keyakinan terhadap keupayaan UPM dan pengiktirafan dunia menyebabkan ZKNU memilih UPM untuk membantu dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi 14 kursus Program Akademik Bacelor Rekabentuk Alam Sekitar.

“Kerjasama yang terjalin sejak tahun 2015 ini telah menyaksikan pelbagai pencapaian daripada aspek akademik serta meningkatkan lagi agenda Jangkauan Global sebagaimana amanat tahun baharu Menteri Pendidikan Tinggi yang akan memperkukuh pengaruh kuasa lunak Malaysia.

“Oleh itu, saya percaya MoA yang ditandatangani hari ini akan dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pihak,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani MoA antara UPM dan ZKNU di sini, hari ini.

Katanya, MoA ini berupaya menambah nilai dan meningkatkan keberkesanan program akademik sepadan dengan keperluan semasa menyokong Pelan Strategik UPM 2021-2025.

Rentetan daripada MoA ini, ZKNU turut berhasrat membentuk kerjasama berterusan menerusi cadangan penubuhan pusat penyelidikan secara bersama ZKNU-UPM yang dinamakan ‘Zhengzou Research Institute’ dengan dana oleh kerajaan Henan.

Memorandum Perjanjian ini ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan Presiden ZKNU, Profesor Dr. Zhang Baoqiang yang disaksikan oleh Dekan FHAS UPM, Profesor Dr. Hazandy Abdul Hamid dan Timbalan Presiden ZKNU, Profesor Dr. Chi Yan.

Selain itu, UPM turut menawarkan penubuhan kampus satelit ZKNU di UPM yang akan diselaras oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Ismi Arif Ismail berkata kolaborasi ini akan meningkatkan taraf UPM sebagai universiti yang diiktiraf oleh universiti China bagi aktiviti pengajaran dan pakar UPM di peringkat antarabangsa.

“Aktiviti PdP ini perlu diambil kira dalam usaha memperluaskan mekanisma UPM dalam memperkukuh penerimaan kepakaran untuk jaringan antarabangsa,” katanya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Dato’ Profesor Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Prof. Madya Dr. Suhardi Maulan serta delegasi UPM.

SXMXDA~