???? | Universiti Putra Malaysia_×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

×ãÇò±È·Ö|Ö±²¥_bet007×ãÇò±È·Ö &

ͼƬ

ͼƬ

UPM, SPRM jalin kerjasama perkukuh tatakelola

Oleh: Ameesya Aghniya Ab. Rahim

 

 

SERDANG, 14 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperkukuhkan tatakelola UPM. 

 

 

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Dato’ Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, kerjasama ini telah membuka peluang kepada penambahbaikan khususnya dalam aspek tatakelola yang diamalkan di UPM.

 

 

“Kerjasama ini sangat penting berkaitan isu integriti dalam usaha mendukung agenda keterjaminan makanan negara bagi mengekalkan kestabilan ekonomi negara, membendung ketirisan dalam industri makanan serta monopoli kartel.

 

 

“Melalui kerjasama ini, dapat menyokong matlamat pembangunan negara dengan memastikan bahawa sumber awam digunakan secara beretika dan efisien untuk mencapai pembangunan yang mampan,” katanya.

 

 

Selain itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyediakan serta memberikan khidmat nasihat membendung penularan aktiviti rasuah di peringkat pendidikan tinggi bagi membantu negara meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti memperbaiki urus tadbir.

 

 

 

 

Dalam pada itu, kerjasama ini juga selaras dengan matlamat 5, Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau.

 

 

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, TPj Lim Bee Kean, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Ir. BT Hang Tuah Baharudin, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor dan  Penasihat Undang-Undang UPM, Muhammad Adil Ahmad Tajuddin serta Ketua Bahagian Governan dan Integriti UPM, Azizi Ismail, Timbalan Bendahari UPM, Siti Amira Shukor, Pegawai Undang-Undang UPM, Nariza Elias dan Ketua Seksyen Integriti, Bahagian Governan dan Integriti UPM, Nabihah Abdol Razak.

 

 

SXMWVA0~