???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM, RHB anjur program CSR, beri pendedahan pertanian bandar

 

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim 

Foto Oleh: Nur Zairi Mohd Nazari

SERDANG, 28 September - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Fakulti Pertanian (FP) dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia Kumpulan Perbankan RHB (RHB) telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #RHBTouchHeart untuk memberi pendedahan pertanian bandar.

 

Program disertai seramai 149 staf RHB bersama kakitangan Fakulti Pertanian UPM.

 

Ketua program, Dr. Juju Nakasha Jaafar berkata, projek ini merupakan program jaringan industri sektor korporat berkaitan pengembangan pertanian selaras dengan agenda keterjaminan makanan negara.

 

“Ini secara langsung dapat meningkatkan aktiviti pelajar serta produktiviti dalam sektor pertanian sejajar dengan hasrat negara untuk memperkukuhkan sektor pertanian dan pendidikan,” katanya.

 

Ketua Pegawai Insan Kumpulan RHB, Wan Mariah  Abu Hassan berkata melalui program ini staf RHB berpeluang untuk  cakna kepada penyelidikan dan teknologi terkini dalam sektor pertanian di UPM serta memahami cabaran dalam sektor pertanian.

 

“Melalui program ini, RHB diberi pendedahan berkenaan penyelidikan, inovasi dan teknologi terkini di UPM serta memahami cabaran dalam sektor pertanian masa kini,” katanya.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan di dalam program ini adalah seperti penanaman sayur-sayuran bandaran dan herba, pemulihan kolam-kolam ikan, mewujudkan tapak latihan komuniti B40 dan kanak-kanak autistik.

 

Pelajar Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian, Fakulti Pertanian, UPM, Isma Hamizan Hisyam berkata, melalui program ini beliau berpeluang untuk membina rangkaian, berkongsi pengetahuan berkaitan pertanian bandaran yang memberi nilai tambah sebagai pelajar untuk kebaikan masa depan.

 

“Saya berasa gembira kerana melalui program ini dapat meningkatkan keyakinan diri saya serta memperkukuhkan kemahiran dalam asas tanaman untuk menjadi petani moden yang berjaya,” katanya.

SXKSUAQ~