???? | Universiti Putra Malaysia_足球比分|直播_bet007足球比分 &

足球比分|直播_bet007足球比分 &

图片

图片

UPM Raikan Ibu Bapa Hantar Anak Belajar

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin dan Syasya Nur Sabiha Shahrudin

 

 

Ibu bapa pelajar baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid UPM yang menyediakan kemudahan istirahat sempena majlis pendaftaran pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025 yang berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober.

 

Mohd Fauzi Abdul Rahman, 53, amat menghargai dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan Masjid UPM kerana menyediakan kemudahan tersebut untuk keluarganya.

 

“Saya amat bersyukur kerana pihak masjid menyediakan tempat yang selesa untuk keluarga saya berehat serta diraikan dengan makanan sebelum kami memulakan perjalanan pulang ke Pulau Pinang,” katanya.

 

 

Sempena kemasukan pelajar baharu, pengurusan Masjid UPM meraikan keluarga pelajar yang datang dari pelbagai negeri dengan menyediakan makanan dan tempat berehat, bermula dari 4 hingga 6 Oktober 2024.

 

Sementara itu, Aini Mastura Ramli, 46, dari Puchong, Selangor, turut menyatakan rasa syukur kerana tidak perlu bimbang mencari tempat rehat sementara sebelum pulang ke kediamannya.

 

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, bersama pengurusan UPM, sempat meluangkan masa beramah mesra dengan ibu bapa yang singgah di Masjid UPM.

 

“Kami raikan dan alu-alukan semua yang hadir pada hari ini. Semua kemudahan yang disediakan, termasuk di Masjid UPM ini, boleh digunakan untuk keselesaan ibu bapa,” katanya.

SXKSCA~